3 Gaya Dekorasi Bilik Tidur Paling Mudah Dan Menarik Yang Boleh Dijadikan Inspirasi

Gambar Hiasan

Memiliki tempat tidur yang menarik dan selesa adalah satu perkara yang paling diinginkan oleh kita semua. Tetapi ada diantara kita yang masih tidak tahu bagaimana hendak menghias bilik tidur supaya menjadi lebih menarik.

Baca : (6 GAMBAR) Idea Dekorasi Rumah Menggunakan Pita Pelekat

Siapa yang tidak suka berada di dalam bilik yang cantik bukan? Jika anda sedang mencari idea bagaimana untuk menjadikan bilik tidur anda menjadi lebih cantik, menarik dan mengikut trend terkini anda berada di tempat yang tepat.

Apa yang patut anda tahu?

Perkara penting yang dalam proses menghias bilik tidur ini adalah ‘dekorasi’. Dekorasi bilik tidur yang salah akan membuatkan bilik anda menjadi pelik dan tentu saja, membuat anda merasa tidak selesa.

Advertisement

Tetapi anda tidak perlu risau kerana kami telah menyediakan dekorasi bilik tidur yang paling mudah yang boleh membuat bilik tidur anda lebih menarik dan nyaman. Jom kita tengok!

1. Hiasan bunga

Bagi anda yang berminat untuk menjadikan bilik tidur anda kelihatan lebih feminin, bunga adalah hiasan yang paling tepat digunakan terutama sekali bagi golongan wanita di luar sana.

Gambar HiasanGambar HiasanGambar Hiasan

Anda juga boleh melekat bunga-bunga pada dinding atau mengantungkannya pada siling mengikut kreativiti anda supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik. Anda juga juga boleh memotong bunga-bunga supaya kelihatan lebih berwarna-warni.

Dalam menghiasi bilik tidur dengan menggunakan bunga ini, anda tidak semestinya perlu menggunakan bunga tersebut dengan tangkainya. Tetapi anda juga boleh menggantungnya pada batang kayu yang lain dengan tali dan menggantungnya di dinding.

2. Cermin condong

Pada masa kini cermin bukan sahaja objek yang sering kita gunakan untuk melihat diri kita, tetapi cermin juga boleh digunakan sebagai hiasan bilik. Anda boleh menghiasnya menggunakan cahaya lampu atau barangan lain.

Gambar Hiasan Gambar Hiasan Gambar Hiasan Gambar Hiasan

Mencipta ilusi ruang dengan cermin condong adalah pilihan yang tepat. Anda boleh menghiasi ruang lantai dengan permaidani sebagai pembahagi bilik. Dengan hiasan ini, anda boleh membuat bilik anda lebih selesa di anda dan kelihatan menarik. Bagi anda yang suka cermin diri, ini adalah hiasan yang paling tepat untuk bilik tidur anda.

Menambah beberapa tumbuh-tumbuhan menarik juga menjadi pilihan yang tepat untuk hiasan untuk bilik tidur. Warna hijau pada tumbuh-tumbuhan dapat membuat bilik berasa segar dan tentu saja, anda akan lebih santai ketika berada di bilik tidur anda.

3. Hiasan seni pop

Di sini anda boleh gunakan poster untuk diletakkan pada dinding. Selain imej seni pop, anda juga boleh menggabungkannya dengan gambar menarik yang anda ada. Dengan ini, anda boleh mencipta kenangan anda pada dinding. Menarik bukan?

Gambar hiasan Gambar Hiasan Gambar Hiasan

Idea seni dinding ini sangat sesuai dengan anda yang sedang tinggal di asrama.

Untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik dan tidak serabut, mula-mula anda perlu tetapkan jenis warna yang anda mahu, seperti merah jambu, oren, kuning, biru, dan banyak lagi. Kemudian, susun poster dengan kemas supaya bilik tidur anda kelihatan cantik. Hiasan ini juga akan menjadikan bilik tidur anda kelihatan estetik dan tersusun.

Selamat mencuba.

Sumber

Comments

comments