Geely Lancar SUV 7-Kerusi, Adakah Proton Bakal Bawa Masuk Model Ini Ke Malaysia?

Kalau korang nak tahu, Geely telah melancarkan sebuah lagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi pada awal tahun ini. Menariknya, model ini mempunyai kerusi mewah dengan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang sama digunakan pada Volvo XC40.

Di China, Geely Xingyue L yang juga dikenali sebagai KX11 ini dijual pada harga lebih kurang RM70,000 sehingga RM90,000 apabila ditukar kepada ringgit Malaysia.

Menurut laporan Pandu Laju, huruf ‘L’ pada namanya itu bermaksud Large, Luxury Liberate. Ketiga-tiga ini dikatakan prinsip bagi SUV Xingyue L. Ianya dikuasakan dengan enjin 4-silinder 2.0L turbo bersama transmisi automatik dual-klac (DCT) 8-kelanjuan.

Persoalannya, adakah Proton akan bawa masuk model ini ke pasaran Malaysia nanti? Sekiranya Proton bawa masuk, apa pula namanya dan berapa agaknya harga Xingyue L ini setelah di re-badge. Yelah, Proton X70 tu pun dah mahal, betul tak? Apapun, sama-sama kita nantikan.

Advertisement

Sumber

Comments