Gelagat Comel 3 Budak Lelaki Main Buka Tutup Almari Raih Tumpuan

Seperti yang kita tahu, kehadiran kanak-kanak atau budak kecil di dalam sesebuah keluarga sememangnya mampu untuk mengubah suasan keluarga di rumah. Ya lah mana tidaknya, pasti ada saja telatah dan gelagat mereka ini yang mampu mencuit hati orang ramai di sekeliling mereka.

Tidak dinafikan, kanak-kanak ini sememangnya mempunyai perangai mereka tersendiri dan ibu bapa yang memiliki anak kecil pastinya memerlukan tenaga yang banyak kerana perlu melayan karenah mereka yang pelbagai ragam. Betul tak?

Telatah dan karenah kanak-kanak ini selalunya mampu untuk menghiburkan hati orang sekeliling. Sudah pasti akan riuh dan kecoh suasana rumah dibuatnya, tak sah kalau dalam sehari tiada perkara mereka lakukan yang menjadi hiburan bagi ahli keluarga.

Advertisement

3 budak lelaki main buka tutup almari beberapa kali sambil ketawa bersama-sama

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @onefarehah yang memaparkan gelagat tiga orang budak lelaki bermain buka tutup almari.

@onefarehahJadi krja puak2 ni ?? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan tiga orang budak lelaki itu sedang bermain bersama-sama di sebuah kabinet TV. Salah seorang daripada mereka dilihat mula membuka pintu almari dan kemudiannya ditutup dengan pantas oleh seorang lagi budak dalam kalangan mereka.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila mereka bertiga dilihat sama-sama ketawa selepas melakukan perkara tersebut seolah-olah faham akan lawak itu.

Mereka juga dilihat berulang kali ketawa setiap kali pintu almari itu tertutup. Ternyata, hanya mereka saja yang faham apa sebenarnya yang terjadi.

“Lah macam orang tua sembang kedai kopi”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 826.1 ribu tontonan, 121.1 ribu tanda like dan 5.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat tiga budak lelaki tersebut.

3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari 3 budak lelaki main buka tutup almari

3 budak lelaki main buka tutup almari
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan gelagat tiga budak lelaki tersebut seperti ahli kabinet yang menghadiri perjumpaan mesyuarat kebinet tetapi tidak bergaduh dan hanya ketawa bersama-sama.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Comments