Gelagat Mak Tolong Anak Rakam Video Raih Tumpuan Netizen

Seperti yang kita tahu, media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita zaman sekarang ini. Tidak dinafikan, kita pastinya akan membuka laman media sosial kita setiap hari untuk pelbagai tujuan termasuklah menonton video.

Salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman kini adalah aplikasi TikTok. Boleh dikatakan, aplikasi ini semakin hari semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video.

Bukan hanya untuk berkongsi video, ia juga menjadi medium untuk orang ramai menyerlahkan bakat dan kreativiti masing-masing. Ramai yang merakam pelbagai video untuk dimuat naik di aplikasi TikTok ini.

Advertisement

Ramai orang kini dilihat gemar mengeluarkan content-content yang lucu serta menghiburkan seperti video lip sync, video challenge, video menari, menyanyi dan pelbagai lagi. Disebabkan itu, rakaman video perlulah jelas dan dirakam daripada angle yang cantik.

Seorang pemuda meminta ibunya rakamkan video semasa menaiki basikal

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang pemuda meminta ibunya untuk tolong merakam video.

@ayiecrocsthe best videographer ever ?? layan je kerenah anak dia HAHAHA? original sound – kenshin

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang menunggang basikal di pinggiran tasik yang cantik. Apa yang menarik perhatian ramai penonton video tersebut adalah apabila dia meminta ibunya untuk merakam aksinya menunggang basikal itu.

Lebih melucukan apabila gelagat si ibu yang menurut sahaja perintah anaknya yang meminta video itu dijadikan statik dan tidak bergerak malah ibunya siap zoom in seolah-olah sudah mahir merakam video.

“Kalau mak aku, sambil dia rakam sambil tu dia bebel. Hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 358 ribu tontonan, 64.5 ribu tanda like dan 494 komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut.

Mak tolong anak rakam video
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Mak tolong anak rakam video
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang memuji ibu pemuda tersebut kerana mahir untuk zoom in ketika menolong merakam video anaknya itu.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kalau mereka meminta ibu mereka untuk menolong rakam video, pastinya benda lain yang dirakam dengan alasan tidak nampak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments