Gelandangan Hadir Untuk Ditemu Duga Bagi Penuhkan Kekosongan Kerja

gelandangan

Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, golongan gelandangan di ibu kota telah diberikan tempat perlindungan yang lebih selesa. Kira-kira hampir 800 orang ditempatkan di sebuah Pusat Penempatan Sementara. Pelbagai pihak juga bantu menghulurkan pelbagai bantuan dan kebajikan kepada golongan ini.

Inisiatif terbaru yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui jawatankuasa khas gelandangan telah membuka peluang pekerjaan untuk diisi oleh golongan ini.

Jawatankuasa khas gelandangan turut dianggotai agensi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

gelandangan
Gambar hiasan

Golongan gelandangan ini telah diberi peluang untuk menjalani proses temu duga yang bermula semalam sehingga Selasa depan. Mereka akan ditawarkan gaji permulaan sehingga RM1,400 termasuk elaun kepada gelandangan yang diterima masuk untuk mengisi jawatan operator pengeluaran kilang.

Advertisement

Selain jawatan sebagai operator, golongan ini turut akan ditawarkan sebagai pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Gaji yang bakal diperoleh antara kira-kira RM1,200 sebulan.

Tan Sri Annuar Musa, Menteri wilayah Persekutuan berkongsi gambar keadaan golongan gelandangan yang hadir mendengar taklimat proses temu duga kerja. Beliau turut melahirkan perasaan syukur apabila golongan ini diberi sinar baru untuk memulakan kehidupan baru.

Sementara menunggu tarikh rasmi untuk memulakan pekerjaan, gelandangan akan dipindahkan untuk menetap di dua asrama yang disediakan oleh DBKL. Asrama ini juga mendapat kerjasama antara syarikat yang bakal menggaji golongan ini.

Sebelum ini KWP dalam perancangan untuk mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta untuk menjaga kebajikan golongan gelandangan. Dana tersebut diwujudkan untuk tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling, penyediaan kemudahan serta peluang pekerjaan. Ini berikutan usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur bebas daripada golongan gelandangan.

Sumber 

Comments

comments