Gelombang Kedua COVID-19: KKM Umumkan Malaysia Catatkan 14 Kes Terbaru Hari Ini

covid-19

Menerusi akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di Twitter, sebanyak 14 kes terbaru diterima positif COVID-19 di Malaysia hari ini. Sebahagian besar daripada kes adalah kontak rapat dan berkait dengan satu kes kluster iaitu kes yang ke 26.

Kes terbaru positif COVID-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan 50 kes setakat ini termasuk 22 yang telah sembuh dan dicaj. Gelombang pertama sebahagian besar kes dari China dan ada kaitan sejarah perjalanan ke China. Gelombang kedua bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan.

Setakat ini, 21 kes positif dikaitkan dengan kes kluster iaitu kes ke-26. Kes ke-30 hingga kes ke-50 adalah kontak rapat atau dikaitkan dengan kes ke-26. Pengesanan kontak rapat oleh pasukan kesihatan KKM di lapangan masih berjalan.

covid-19

Advertisement

Daripada 21 kes positif, 16 kes adalah kontak rapat. 5 lagi kes adalah generasi kedua yang dijangkiti daripada kontak rapat. Generasi kedua yang dijangkiti itu ialah dua kenalan kepada kontak rapat, isteri kepada kontak rapat dan staf kontak rapat.

Pada jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi terkini COVID-19 yang berlaku dalam negara. Di dalam sidang media itu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu organisasi yang dikesan positif wabak itu tidak perlu menutup pejabat sebaliknya cukup dengan kerja-kerja disinfeksi.

Sumber

Comments