Gempa Berkekuatan 6.5 Magnitud Berlaku Di Amerika Syarikat

Gambar Hiasan

Amerika Syarikat adalah negara yang telah mencatatkan jumlah kematian COVID-19 paling tinggi mengatasi China dan Itali.

Baca: Donald Trump Beri Jangkaan Dua Minggu Yang Akan Datang Bakal Menjadi Lebih Teruk Lagi Untuk Amerika

Semalam gempa bumi berkekuatan 6.5 magnitud dilaporkan berlaku di kawasan barat Amerika Syarikat Challis, Idaho, iaitu kira-kira 120 kilometer dari timur laut Boise.

Gegaran dapat dirasai di seluruh bandar California

Gambar Peta yang menunjukkan gempa yang berlaku

Laporan mengatakan bahawa gempa yang berlaku dirasakan di Coeur d’Alene, Twin Falls dan Hailey di Idaho Spokane, Washington, dan Missoula dan Bozeman, Montana.

Menurut Kajian Geologi Idaho, gempa yang berlaku adalah gempa bumi yang paling kuat menyerang negeri itu sejak tahun 1983, iaitu gempa bumi yang berkuatan 6.9 magnitud yang telah membunuh dua orang dan mengakibatkan berjuta-juta kerugian.

Rasanya seperti satu rumah bergegar,” “Ia berlanjutan dalam waktu yang lama saya tahu bahawa ia besar.

Lebih daripada 2 juta orang yang tinggal di kawasan itu dapat merasakan gempa yang telah berlaku.

Berikut merupakan perkongsian di Twitter mengenai gempa bumi yang berlaku semalam

 

 

 

Sehingga kini, tiada sebarang kemalangan jiwa dan sebarang kerosakan dilaporkan.

Sumber

Comments

comments