Gempar! Sebabkan Kebakaran, Telefon Pintar Vivo Dilarang Syarikat Penerbangan Hong Kong

telefon pintar Vivo terbakar

Minggu lalu, kebakaran besar berlaku di lapangan terbang Hong Kong, yang melibatkan sejumlah telefon Vivo Y20 dan aksesori berkaitan.

Memetik laporan The Standard, kebakaran berlaku di lapangan terbang tepat sebelum kargo tersebut dijangka dimuat ke pesawat yang dimiliki oleh Hong Kong Air Cargo.

Disebabkan kejadian itu, Hong Kong Air Cargo telah melarang keras telefon pintar Vivo dari semua pesawatnya, bersama dengan kargo dari syarikat pengangkutan yang berkaitan, Cargo Link Logistics HK dan Sky Pacifics Logistics HK.

telefon pintar Vivo terbakar

Advertisement

Terkini, belum ada siasatan dijalankan dan pakar masih mencari punca kebakaran. Pihak Vivo telah mengeluarkan kenyataan kepada Android Authority menjelaskan bahawa pasukan khas akan mencari punca kebakaran itu.

“Kami menyedari bahawa pengiriman barang yang sebahagian daripadanya adalah produk Vivo, terbakar di apron tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 11 April”.

telefon pintar Vivo terbakar di lapangan terbang

Sama seperti telefon pintar yang lain, telefon Vivo menggunakan bateri lithium-ion yang mungkin menjadi punca kebakaran berlaku.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMalay Mail