Gerhana Matahari Anulus Bakal Muncul Disember Ini Selepas Tahun 1998

1275

Rakyat Malaysia bakal berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus yang akan tiba Disember ini di Malaysia selepas kali terakhir pada 21 tahun lalu. Kali ini, ianya dijangka muncul pada 26 Disember ini di kawasan Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Ianya dapat dijelas di kawasan tersebut kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari. Menurut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari berkata tempoh gerhana akan berlaku pada waktu berbeza di dua kawasan itu.

Di Tanjung Piai, akan bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.

“Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi 21 tahun dahulu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor dan jika anda terlepas peluang ini, kita harus menunggu 22 tahun lagi”

gerhana matahari
Kredit: William Chin

Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Untuk yang ingin melihat Gerhana Matahari Anulus dengan jelas, boleh ke Planetarium Negara.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak melihat gerhana secara terus, sebaliknya menggunakan 10,000 kaca mata khas percuma mengandungi filem penuras sinar matahari yang akan diperuntukkan oleh Planetarium Negara pada hari itu nanti.

Comments

comments