Gimik Baling Duit Mood Republik Diibarat “Sesi Pijak Maruah Beramai-ramai”

66

Mood_Republik_AN
Memang sudah banyak aduan dan bantahan dibuat namun penganjur Mood Republik masih lagi menggunakan gimik ‘baling duit’ untuk memasarkan program ‘Mood Republik’. Dalam satu rakaman video yang viral di Twitter, sekumpulan pengunjung dilihat bersesak, menolak-nolak dan khabarnya ada yang cedera dan pitam kerana berebut wang bernilai RM 1 dan RM 5 yang ditabur oleh penganjur pagi semalam.



“Scene Melayu pijak, tendang dan tolak sesama sendiri demi duit seringgit dan 5 ringgit.”


Netizen menyifatkan gimik itu sebagai tidak beradab.

“Hinanya penganjur yang buat gimik ini.”

“Sesi pijak maruah beramai-ramai.”

“Cakap 100K tapi tak sampai RM 10K pun.”


“Seperti ayam dan itik.”


“Penganjur tidak bertamadun.”



Sebelum ini beberapa peniaga yang menyertai program itu juga telah membuat kritikan terbuka mengenainya, termasuk Saiful Nang yang menyifatkan Mood Republik sebagai festival propa lebih dan wanita ini pula mendakwa membayar RM 2,000 lebih mahal untuk gerainya sedangkan peniaga lain mendapat harga murah manakala gerai untuk artis diberi percuma dengan layanan lima bintang. amazingnara.com

Comments

comments