Girlfriend Pakai Handsocks Kantoi Curang, Lihat Cara Pemuda Ini Cari Bukti

302


Perempuan, setia mana sekalipun dia dengan kita , dia pasti akan tetap pandang atau berhubung dengan  lelaki lain. “Takkan hari-hari nak makan lauk sama?”

Sebab itu susah nak cari perempuan yang betul-betul dikatakan setia. Satu dalam seribu.

31/8/2018. Hari paling aku tak boleh lupa, bila aku dapat tangkap orang yang paling aku sayang tu dengan lelaki lain.

Rilekslah, ramai sangat panas ni kenapa? Ada tulis ke “semua perempuan sama” atau “perempuan sampah”?

Teruskan semua. Cukup 2,000 RT aku akan cerita macam mana hancurnya harapan aku dan keluarga.

Kejap ya semua, tengah bawa diri.

Di sini tempat terakhir aku bawa dia sebelum semua hancur berkecai.

Okay aku mulakan cerita.

20 Ogos 2018, hari ni seperti biasa. Tak ada apa apa berubah atau aneh. Aku bawa dia datang rumah untuk format iPhone dia dan macam biasa datang rumah tapi layan K-pop.

Aku pendekkanlah. Panjang sangat woi.

Nak dijadikan cerita, 28/8/2018 aku perasan dia ada perubahan.

Bukan muka jadi buruk ke atau apa, but perangai dia, dia tiba tiba bahasakan diri “aku kau”.

Aku mula-mula ingat dia bergurau saja. Rupanya, ya, dia memang maksudkan “aku kau” tu.

Jadi bila aku tanya, apsal macam ni. Dia cuma cakap “entah” bila aku tanya balas sepatah-sepatah.

Hati memang tak sedap gila, sumpah, aku ada akaun iPhone dia, but tak nak la sampai nak jejak iPhone bagai ni. Macam budak-budak.

Jadi aku cuma ikut jelah. Tapi makin lama makin pendek dia jawab, weh?

Kemudian esoknya aku putuskan nak kesan dia guna fungsi Find iPhone dia.

Hari tu juga dia nak keluar, aku tanya nak ke mana dia cuma kata

Ah, tak payah sibuk, ah”.

Aku pun macam apa hal dia ni tiba-tiba nak emo bagai, aku tanya elok-elok kot. Aku pun tanya la soalan sama. Dan ya, alasan masih sama.

Bila aku periksa lokasi dia, telefon dia bergerak ke tempat cuci kereta. Kemudian aku tanyalah, ke mana ni? dia cakap pergi cuci kereta, jadi aku pun okay saja.

Tak lama lepas tu, bergerak lokasi tu berhenti di suatu tempat. Tak lama lepas tu bergerak lagi arah ke Putrajaya.

Aku tanya la nak ke mana, dan dia kata nak ke IOI Putrajaya. Aku pun ha, okaylah.  

Jadi, bila jejak, memang ke IOI. Tapi dia lalu je sial! Dia tak pergi IOI, dia terus saja, doe! Dari sinilah bermulanya detektif diaktifkan!

Aku dah rasa ada benda tak kena, wei.

Kemudian dia singgah dekat surau ni tau. Aku pun peliklah. Bukan pelik singgah surau, but dia tengah bendera merah, jadah bodoh singgah surau?

Dalam masa yang sama aku tanya dia da sampai IOI ke, dia cakap dalam perjalanan. Padahal IOI dah lama lepas wei.

Tak lama lepas dia berhenti dekat surau tu, bergeraklah kereta itu.

Tetapi bergerak saja kereta tu. Dia terus tak WhatsApp apatah lagi jawab mesej aku.

Aku spam lah. Kena maki balik aku, wei hahahaha

Aku snap ni sebagai bukti kemudian hari. Bila aku tanya dah sampai IOI ke?  “Dah.”

Kamu semua tengoklah gambar tu. Tu dekat Alamanda Putrajaya wei, Bukan IOI Putrajaya!

Hancurnya hati aku bila tahu dia tipu benda ni. Dalam masa sama, jika dia keluar mana-mana, dia akan kemaskini status WhatsApp. Tapi kali ini, satu pun tak?

Teka sebab apa? Keluar dengan jantan tu.

Dan mereka bergerak ke Alamanda. Dataran Putrajaya ulang-alik beberapa kali.

Tapi aku tak tanya, aku diamkan saja. Kumpul bukti, sejam lepas tu mereka baliklah, tapi dalam perjalanan balik, dia singgah satu kedai makan ni. Singgah tu tak ada masalah.

Masalahnya, kedai yang dia pergi tu kedai makan terkenal, wei :’) Nasi Kak Wok kot, dan kedai tu, jalan dia lain dari jalan nak balik tempat dia belajar. Apa buat aku lagi syak, bila aku telefon dia banyak kali, dia matikan, wei.

Dia kata akan sekat nombor aku jika terus telefon dia.

Dan tak lama lepas tu, barulah dia balik tempat dia belajar.

Selepas itu aku telefon dia jawab, sebab aku bodoh sangat. Aku percaya tak ada apa jadi.

29/8/18

Aku WhatsApp dia. Tanya jika dia ada masa lapang Sabtu dan Ahad nanti. Tapi dia kata sibuk sepanjang hari.

Aku tak ada la paksa ke apa. Aku ajak dia pergi tengok bunga api kat Putrajaya malam Merdeka nanti (merdeka yang lepas) atau tengok perbarisan pagi Merdeka tu.

Aku tanyalah, dia takkanlah sibuk sangat sampai tak ada masa nak keluar sama, orang lain pun belajar. Tapi dia bagi alasan dia ada kelaslah, ada itu inilah apa semua. Aku pun lama-lama, okaylah, tak dapat sambut sama-sama.

Malam 30/8/18

Malam Tuhan tunjukkan kebenarannya :’)

Malam tu dia ada kelas dan aku pun WhatsApp dia. Aku masih tanya soalan sama.

Malam tu tak boleh keluar ke tengok bunga api, dan dia masih kata sibuk. Dan malam tu ada kelas. Dia hantar gambar dia dalam kelas, jadi aku pun okay sajalah.

Dalam masa sama, aku buka, jejak, nak tengok betul ke tak. Jadi ya, betul dalam kelas masa tu.

Tapi sejam lepas tu bergerak weii. Bergerak keluar lokasi, dia arah keluar dari pintu pagar tempat belajar. Dan aku tanya dia kat mana dan buat apa, dia hanya jawab

Ah tak payah sibuk ah!”

:’)

Kau memang cabar aku!

Kemudian aku pun dalam hati apa masalah perempuan ni nak emo, aku spamlah telefon dia sebab dia online, tapi tak bluetick aku.

Tiba-tiba seen aku pun macam apa hal, weh? Dia ni tiba-tiba macam ni apa kena, doe?

Kemudian tiba-tiba dia buat Story dekat WhatsApp, dia dalam kereta sambil dengar radio. Pada masa yang sama, aku tengah spam WhatsApp dia sebab bengang tak read.

Kapsyen status dia apa tau “kau memang cabar aku”.

Aku peliklah apa masalah dia ni sebenarnya, macam sorok sesuatu, dan ya! Dia sorok.

Jadi aku WhatsApp junior dia, tanya jika dia ada cakap apa-apa ke. Dia cakap ni dekat junior dia. Dia yakinkan junior dia, yang dia ada saja dekat kolej dia. Tapi sebenarnya dia keluar dari universiti dia.

Pergi ke satu tempat dengan seseorang. Macam mana aku tahu? Nanti aku bagi tahu. Tunggu.

Tak lama lepas tu. Bergeraklah lokasi dia arah ke Putrajaya.

Macam mana aku tau? Sebab lokasi yang bergerak ni, sama jalan dengan lokasi dia nak pergi “IOI” hari tu doe hahaha,

Dalam perjalanan, boom! IPhone sudah dimatikan. Waktu tu jam menunjukkan pukul 9.45 malam.

Untuk pengetahuan, pagar kolej tutup jam 10.00 malam dan buka 7.00 pagi, tapi dia keluar jam 9.45 malam.

Okay, kita cincai ah. Sampai Putrajaya jam 10.00 malam, dan bunga api jam 12.00 tengah malam dia ada tujuh jam lagi.

Seseorang, berilah aku komen yang positif. Tujuh jam lagi agak-agak apa pengakhiran dia?

Lepas dah hilang tu, tak henti-henti aku telefon dia, tapi asyik masuk peti pesanan suara. Langsung tak ada khabar apa-apa.

Sampailah esok paginya, dia hidupkan telefon. Dan aku tanyalah! Pergi mana, buat apa? Ke mana hilang? Kenapa matikan telefon? Balik pukul berapa? Buat apa, dan macam-macam. Dan jawapan dia…

Mana ada keluar mana-mana, cuma hantar kawan sajalah pergi KTM, dia nak balik”

Eh, mana ada lama, kejap saja. Hantar dekat KTM kemudian baliklah kolej tu saja”

Saja matikan telefon, sebab bateri nak habis, jadi nak jimat bateri.”

Ni jawapan dia.

Jadi aku macam blur la. Dia ni betul ke, apa ke, apa semua aku macam babilah, cakap belit-belit.

Jadi aku sebab sayang, aku percayakan, aku angguk sajalah. Tapi rupanya, 100% penipuan.

Tapi aku tak cakap, aku simpan. Aku diam kan saja dulu, kemudian pagi tu aku ajak dia, jom tengok perbarisan Merdeka, dan ya, jawapannya tidak!

Hahaha…sedih siak, tiba-tiba rasa nak buka dan kesan dia. Tau dia kat mana tak weh? Kat AEON Bukit Raja, Klang. Tau tak kenapa aku terkejut?

Sebab waktu aku kesan tu, jam 9.00 pagi. Dari tempat dia nak naik kereta dekat AEON Bukit Raja, ambil masa dalam dua jam, paling cepat 1 jam 45 minit la, tapi masalahnya, dia tak berani pandu kereta macam tu jauhlah.

Dia kena naik KTM / MRT /kemudian naik Grab untuk sampai AEON. Jadi macam mana dia sempat sampai selaju tu?

Jadi aku jejak dia.. Dan dapatkan bantuan kawan baik aku untuk serbu dia dengan jantan tu. Dalam perjalanan tu aku tengok dia masih dekat AEON, tengok wayang woi haha.

Fak punya dua-dua. Masa tu aku memang nawaitu, jika betul dia dengan lelaki lain, aku berserah pada tuhan saja, wei.

Oh geng, maaf, ni dah masuk 31/8/2018 tau. Haha.

Silap dia mulai dari sini, dia update benda ni.

Aku punya rapat dengan semua famili dia. aku tahu rokok apa abah dia hisap, rokok abang dia dan abang ipar dia hisap semua aku tau :’)

Dan ya, rokok murah ni, lanjiau ni, keluarga dia semua tak hisap


 

Jadi mula dari sini dah kantoi semua sebenarnya.

Mula-mula sebab keluarga dia tak rokok Dblend ni. Kedua, sahlah lelaki. Takkan perempuan, jilaka.

Haha jadi aku dalam perjalanan itu. Lokasi dia pun bergerak. Lokasi dia dalam perjalanan ke arah aku, tak lama lepas itu masuk arah ke rantau panjang.

Jadi aku ikutlah lokasi dia je. Dah nak sampai dah, kemudian dia buat Story WhatsApp. Dia tengah rekod lagu nasyid dalam kereta tu. Jadi aku nampaklah radio dia, apa semua.

Jadi dalam kepala aku. Sebenarnya, Rantau Panjang tu, dekat dengan rumah abang dia.  Jadi aku positif yang jemput tu abang dialah.

Jadi sampai la kemuncak dia…aku cari kereta abang dia. Kereta Exora, sebab yalah, story WhatsApp tu nampak radio kereta Perodua. Mesti Exora.

Aku carilah Exora tu wei. tak jumpa-jumpa, doe. Pelik sial, apa yang lagi pelik? Aku jumpa konvoi kereta Bezza dekat pusat tahfiz, dekat situ lokasi iPhone dia

Aku carilah, mana dia ni. Tak jumpa-jumpa doe. Jadi aku pergi kedai tepi jalan kawasan situ. Aku nak minum. Rehatkan kepala dan fikirkan ada sesuatu yang tak kena.

Mula-mula nak balik dah. Sebab aku fikir. Sebenarnya dia naik kereta abang dia la ni. Dan aku overthinking. Nak balik dah. Tiba-tiba, tuhan tolong aku

aku Google radio Proton Exora, kemudian bandingkan dengan dalam Story WhatsApp dia, lain bodoh. Haha, lain!  Sekali aku cari radio Bezza, 100% ya.

Sama geng, sama dalam status WhatsApp dia radio tu adalah radio Bezza.

Kejap. Exora Perodua ke Proton? Aku kelirulah. Haha

Okay sambung, lepas aku tahu saja tu radio Bezza, menggigillah aku satu badan, weii? Mula dari situ hati dan otak aku fikir benda bukan-bukan, aku tak mampu halang dua benda ni berhenti fikir bukan-bukan, aku tunjukkan dekat member aku gambar tu radio Bezza, dan member aku pun diam dah.

Jadi aku dengan hati pecah, menggigil. Berkaca. Aku suruh member aku pergi balik ke tempat tahfiz, dan teka ada apa? Ada budak tahfiz dan geng Bezza la, haha.

Aku WhatsApp perempuan tu. Aku tanya baik- baik. Pergi mana dan dia jawab:

Ikut member pergi konvoi kereta.”

Lepas dia jawab macam tu, aku berserah.

Lama lepas member aku pergi tengok balik tempat tu, ah ya, betul. Dia ada kat situ.

Masa ni majlis nak habis, tengah majlis bagi hadiah. Kemudian member aku video call aku nak tunjuk dia tu. Tapi tak nampak.

Jadi aku gerak pakai sweater hitam, cap hitam pergi tahfiz tu.

Sampai saja kat tahfiz tu, aku cari cari cari, boom! Jumpa. Dan ya 100%, itu memang dia.

Tak lama lepas tu, aku nampak dia berbisik pada seorang lelaki ni. Berisi, berjambang, paling penting tak kacak sumpah fak bitch haa emo la kita.

Dia jemput kunci dari mamat tu. Dia hidupkan enjin kereta, tapi dia tak perasan aku.

Sebab apa? Sebab ada tiga biji kereta. Kereta mamat tu belah kiri, kemudian tengah, dan kanan tu ada kereta. Aku berdiri dekat kereta tu. Jadi terhalanglah.

Mula dari situ, jatuhlah air mata seorang lelaki yang telah korban masa dan segalanya yang hampir lima tahun hubungan dicipta dan tercipta. Tewasnya aku saat itu.

Tak lama lepas tu dia undur kereta dan tukar tempat duduk dekat penumpang depan. Dan mamat tu masuk dan naik kereta Bezza tu.

Aku dengan penuh kecewa dan tak mampu kalau rasa kecewa dan amarah aku sendiri, aku terus berlari.

Dan berdiri depan kereta. Betul-betul depan kereta dia. Aku buka cap hitam aku. Dan pandang tepat ke cermin kereta dia dari luar, dan aku berdiri dekat luar belah kiri, jadi dia nampak aku jelas.

Dia dengan angkuh, sombong, bodoh lalulah sebelah aku.

Dengan pura-pura “on call” di telinga acah tak nampak aku, aku senyum sambil jatuh air mata aku.

Lepas mereka keluar dari tahfiz, aku dan member aku, hidup enjin motor dan kejar kereta Bezza tu.

Bila aku kejar-kejar, aku potong belah pemandu lelaki. Dan aku cakap minta berhenti, tapi mamat tu tanya aku siapa.

Aku cakap la, Faeez, takkan babi pula eh menyirap lak aku. Tak adalah aku tanya balik, mamat tu siapa. Dan apa dengan bekas aku tu. Aku minta berhenti dia tak nak.

Aku minta berhenti, dia tak nak berhenti, sebab perempuan tu tak bagi mamat tu berhenti.

Aku cakap elok-elok, berhenti. Dia tak nak. Dia cakap aku salah orang.

Salah orang, weyh.

Sekali aku sebut nama penuh perempuan tu $(3;%+$%/%+$+ atau nama pendek dia Mie, terdiam dua -dua.

Aku terus minta dia berhentikan kereta, tapi dia tak nak. Dan tiba-tiba datang suara neraka dari dalam kereta tu.

Kau siapa? Aku tak kenal.”

Dia cakap macam tu bodoh. Hampir lima tahun hubungan kami, dia boleh tanya siapa aku. Betapa hancur musnahnya aku, bila dengar dia cakap macam tu.

Akhirnya berhentilah kereta mereka dekat tepi lepas kena paksa dengan aku. Lima minit aksi kejar-mengejar (ada video lagi tau). Aku parkir tepi jalan berbatu.

Mereka dalam kereta, aku dengan menggigil buka helmet ,datang dekat-dekat kereta Bezza mereka. Mereka buka tingkap depan belah penumpang.

Aku masukkan kepala dalam kereta, aku salam tangan mamat tu, dan senyum dekat dua-dua.

Aku tanya, mamat tu dengan perempuan tu siapa?

Dia cuma kata “kawan” dan mereka dalam perjalanan nak balik rumah perempuan tu.

Dan aku tanya perempuan tu dengan lelaki tu siapa. Teka apa jawapan dia?

Ini bakal suami aku, Faeez.”

Aku, dan kawan aku belakang aku, tengah rekod video.

Mamat tu, termasuk perempuan tu terdiam, terdiam seribu bahasa.

Semua diam lepas dia cakap macam tu. Dan dia tambah:

Aku nak bawa dia jumpa ibu bapa dia, minta restu dan kenalkan dia.”

Dan kamu semua, aku rasa tak secekal aku dan sebudiman aku. Aku ucap tahniah kat lelaki tu.

“Tahniah,” dapat gantikan aku buat pertama kalinya. Aku ajak mereka swafoto. Kau tengok mata aku tu, berkaca bodoh. Haha gempak tak aku, sial.

Lepas snap gambar semua ni, aku suruhlah mereka berdua ni gerak balik.

Blah saja mereka, aku terus rebah jatuh ke bumi, terduduk simpuh atas batu-batu.

Jatuh sekali lagi air mata aku ke bumi. Waktu tu Ujian yang paling sakit aku terima.

Aku hilang segala yang aku usahakan, aku pertahankan.

Aku menangis kekecewaan, kawan aku angkat aku, aku tak mampu berdiri, doe.  Semangat aku selama ni hilang. Aku dah hilang salah satu punca semangat aku, Ya Allah.

Aku tak kuat. Aku menangis ni.

Tak lama lepas tu, aku bangun. aku usap air mata aku. aku pakai helmet dan terus balik rumah.

Jadi mamat Bezza dan perempuan tu pun dalam perjalanan balik ke kampung asal usul dekat Tanjung, aku dengan member aku pun baliklah juga lepas data-data dan bukti dah dapat. Aku pun buat analisa dan kesimpulan kes ni.

Waktu dalam perjalanan balik tu aku WhatsApplah dia, dan kata, “terima kasih hadiah untuk konvo.”

Dan dia masih tak baca lagi. Waktu ni banjir bossku motor, haha.

Sejam lepas tu dalam 4.45 petang aku sampai ke Tanjung. Mula-mula nak lepas Astaka menangis tepi bucu gelanggang futsal, tapi matang la bodo. Asyik menangis je.

Jadi aku lepaklah mamak AR Maju, kemudian perempuan tu WhatsApp, cakap dekat aku

Dahlah, tolonglah jangan cakap bukan-bukan.”

Aku pun balaslah:

Datang kedai AR Maju, aku nak jumpa dua-dua, Nak rela atau paksa?”

Masa tu mereka dekat Kapar dah haha. Fuh, nasib baik rela.

Tak lama lepas tu, sampailah dua merpati sejoli. Bermulalah sesi interview aku dengan mereka. Aku duduk sebelah member aku, dia duduk sebelah mamat tu.

But ada halal gap sedikit dekat tengah-tengah tu. Terharu aku tengok haha, yalah kan?

Balik tahfiz, tak berkat. Aku suruh perempuan tu diam. Aku soal jawab dengan mamat tu.

Aku tanya la macam mana kenal, berapa lama kenal, mcm mana boleh suka, dan asal suka dia itu semua lah aku tanya

Mamat tu dengan rokok Dblend kat tangan acah-acah pro tu pun mula bercakap. Mula-mula tak nak cakap pun. Dia mengelat, bagi alasan macam-macam, kemudian naik sedikit volume suara aku, barulah cakap.

Mereka baru kenal sebulan saja, woi, kenal memula rakan sewa kereta, macam mana boleh suka? Memula gurau manja dekat WhatsApp.

Lepas gurau manja, eh! Tersuka pula haha cliche sial. Kemudian aku tanya la lagi. Gurau mcm mana sampai bole sangkut tu, dia tak nak jawab, malu-malu tapi tak apa aku dah boleh agaklah gurau macam mana.

Kemudian aku pandang pula perempuan yang ada depan aku tu, orang yang susah senang dengan aku selama ni.

Orang yang aku bantu dia dari kosong sampai ada semua dan lebih dari yang patut, tapi sekarang duduk di sebelah lelaki yang cukup sebulan baru kenal, bagi perhatian 24 jam dekat dia. Sebab aku jauh dari dia.

Aku pun mulakan langkah, aku soal dia, dia dah lupa ke siapa dengan dia selama ni. Siapa yang bantu dia waktu dia tak da apa apa, siapa yang jaga dia masa sakit dan siapa yang support dia sampailah dia sambung ijazah.

Tapi dia balas hanya dengan senyap dan pandangan tepat pada mata aku.

Dia mula buka bicara, dia terdiam mulanya, tapi lepas tu, dia pun kata, ya. Nama lelaki ni ;$+$%;%-3;3 atau nama pendek dia “Kel”.

Jika kau tau maksud aku.

Mula-mula kawan, tiba-tiba tersuka.”

Haha, dan ya, dia bawa mamat tu jumpa keluarga dia hari itu juga.

Sumber: @stylofaeez98 di Twitter

Comments

comments