[GLOBAL] Kapal Terbang Airbus A320 Terhempas di Karachi. Dianggarkan 60 Orang Terkorban

Beberapa hari sahaja sebelum kita menyambut Aidilfitri, satu berita yang cukup menyedihkan berlaku. Dalam kemelut dunia membanteras dan mengharungi wabak COVID-19, sebuah pesawat Airbus A320 telah terhempas sewaktu ingin membuat pendaratan di lapangan terbang berhampiran.

kredit – Al-Jazeera

Melalui petikan dari Al-Jazeera dan manifest penerbangan, sekurang-kurangnya 60 orang telahpun disahkan meninggal dunia apabila pesawat Airbus A320 yang membawa 91 penumpang terhempas di kawasan kejiranan berhampiran dengan lapangan terbang di Selatan Bandar Karachi, Pakistan.

kredit – International Flight Network

Dikatakan bahawa 2 orang anak kapal pesawat PK-8303 yang dikendalikan oleh Pakistan International Airlines (PIA) dilaporkan selamat. Hanya 5 mayat mangsa terkorban telah dikenal pasti. Oleh kerana kesan kebakaran yang sukar diungkapkan, proses mengenal pasti mangsa menjadi lebih sukar. Kini, mereka hanya mampu bergantung pada ujian DNA untuk proses kenalpasti.

Sekurang-kurangnya 6 warga tempatan berada di kawasan kejadian apabila pesawat PK-8303 terhempas di kawasan Model Colony, Karachi yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa bandar tersebut.

Menurut wakil dari PIA, Arshad Malik, pesawat Airbus A320 yang menghala ke Karachi dari Lahore sedang membuat persiapan untuk mendarat di lapangan terbang berhampiran apabila pesawat itu hilang kawalan dan tidak sempat mendarat di landasan kapal terbang. Oleh kerana itu, pesawat A320 yang dikendalikan oleh PIA itu terhempas di Model Colony.

Gempulan asap hitam mula timbul dan rakaman terakhir pesawat itu telah berjaya dirakam oleh penduduk berdekatan. Serpihan kapal terbang yang terhempas seperti pintu kecemasan ditemui berhampiran.

Pada tahun 2016, sebuah kapal terbang PIA Embraeur ATR dari utara bandar Chitral di ibukota Islamabad telah terhempas dan meragut nyawa kesemua 47 penumpang.

kredit – Airways Magazine

Malah sebelum itu, pada tahun 2010 pula, Pakistan telah dikejutkan dengan tragedi kapal terbang Air Blue yang terhempas di kawasan bukit-bukau, Utara ibukota Islambad yang meragut kesemua nyawa 152 penumpang.

Semoga semua mangsa terkorban ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber

Comments

comments