Golongan Anti Vaksin Tidak Senang Duduk Lihat Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

anti vaksin

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Senarai Menteri Kabinet 2020 yang baru semalam. Menerusi pengumuman itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Malaysia Akhirnya Umumkan Senarai Menteri Kabinet Baru 2020

Disebalik keterujaan yang lain meraikan berita tersebut, nampaknya pelantikan ini tidak disenangi oleh golongan anti vaksin yang dilihat mula tidak senang duduk dibuatnya. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Dr Zulkifli pernah memberikan kenyataan tentang isu anti vaksin ini.

Menurutnya, ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajiban ini adalah berdosa apabila anak-anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan. Tetapi kenyataan ini tidak disenangi oleh golongan anti vaksin yang masih berasakan pengambilan vaksin adalah memudaratkan.

Advertisement

anti vaksin

Sebaik pelantikan Dr Zulkifli diumumkan, beberapa golongan anti vaksin telah memuatnaik pandangan mereka tentang pemilihan beliau di dalam jemaah menteri kabinet.

“Mufti yang wajibkan vaksin jadi menteri? Innalillah…”

facebook

Sejak beliau mengeluarkan fatwa tentang isu pengambilan vaksin ini pada tahun lalu, beberapa pengikut dari golongan anti vaksin ini turut melancarkan ‘boikot’ kepada Dr Zulkifli yang rata-rata tidak bersetuju dengan pandangan beliau itu.

Namun menerusi ruangan komen pada perkongsian itu, ramai yang menentang pandangan dari anti vaksin ini dan sebaliknya menyokong pelantikan Dr Zulkifli sebagai Menteri Hal Ehwal Agama. Malah, mereka turut mengharapkan Dr Zulkifli dapat membangkitkan isu anti vaksin ini pada masa akan datang.

Pelantikan beliau juga merupakan kali pertama dalam sejarah negara apabila Mufti dilantik menjadi seorang menteri. Selain daripada pelantikan tokoh agamawan ini, pelantikan Khairy Jamaluddin turut menerima reaksi positif daripada rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan: ‘Abah’ Trending Di Laman Twitter Selepas Dilantik, Ramai Teruja Mahu Lihat Khairy Jamaluddin Kembali Beraksi

Comments

comments