Golongan Islam Liberal Di Jakarta “Bebas” Nikmati Hidangan Khinzir

12612

Tidak dinafikan terdapatnya sebahagian umat Islam di Jakarta, Indonesia berfahaman liberal. Pada mereka, tidak perlu untuk mematuhi setiap larangan dalam agama.

Siapa sangka, sebuah negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia ini mempunyai golongan Islam liberal yang kini “bebas” memakan hidangan khinzir.

Sebuah kafe yang agak popular di Jakarta menyediakan pelbagai menu berasaskan daging khinzir khas untuk masyarakat Muslim. Lebih mengejutkan, salah seorang pemilik restoran itu beragama Islam.

Terpulang kepada pelanggan hendak makan atau tidak

Pemilik kafe tersebut tidak memaksa golongan Muslim untuk makan hidangan yang disediakan tetapi tidak juga menghalangnya. Pilihan terletak pada pelanggan.

Malah, mereka turut mengatakan rata-rata Muslim kini sudah banyak melakukan perkara yang dilarang seperti berzina, meminum arak serta mengambil dadah. Namun, kenapa pula khinzir dikatakan haram untuk dimakan, sedangkan ia hanya makanan dan tidak mendatangkan kemudaratan seperti yang lain.

Pelanggan Muslim anggap makan babi bukan satu kesalahan

Salah seorang pelanggan beragama Islam berkata, dia tidak melihat memakan daging khinzir sebagai satu kesalahan kerana dia melakukan apa yang dia suka.

Sedutan video

Pendedahan video ini sememangnya membimbangkan netizen dan mencetuskan kekeliruan, serta mengundang kecaman kerana memberikan persepsi buruk kepada Muslim lain di Jakarta.

Umum mengetahui daging khinzir keseluruhannya haram dalam Islam.

Bagi pelancong Islam yang ingin ke Indonesia, anda perlu lebih berhati-hati dengan status halal restoran dan kafe di sana. Jangan mudah terpedaya jika pemiliknya Islam kerana tidak semestinya hidangan yang disediakan itu halal.

Kredit Foto : Coconuts TV

Kredit Video : Ariff Ariffin

Comments

comments