Google Dan Facebook Bakal Buka Cawangan Di Kulim, Kedah

2627

Umum mengetahui  Google dan Facebook telah pun membuka pejabat operasi mereka di Malaysia. Terbaru, mereka sedang merancang untuk membuka cawangan baru. Menariknya, ia bakal dibuka di Kulim, Kedah dan bukannya di sekitar Lembah Klang.

Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Kedah bagi merancakkan lagi sektor teknologi menerusi perancangan Kedah Digital dan telah mempelawa syarikat gergasi Google dan Facebook untuk membuka cawangan mereka di Kulim Hi-Tech.

Namun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad, pembukaan pejabat baru berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian.

Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Google dan Facebook mengenai perkara ini. Pada pendapat kami, bagus juga kalau mereka ingin menerima pelawaan pihak kerajaan negeri Kedah, bukan sahaja membantu dalam membangunkan teknologi di negeri tersebut tetapi membuka peluang pekerjaan juga.

Sumber Berita : Bernama & Harian Metro

Comments

comments