Google Sambut Sukan Olimpik Dengan Permainan Doodle Champion Island

doodl champion island

Umum mengetahui Google akan hadir dengan satu rekaan logo atau gambar untuk mengenang satu peristiwa atau kenangan yang berlaku.

Hari ini, bersempena dengan Sukan Olimpik yang diadakan di Tokyo, Google hadir dengan satu doodle dengan tema retro 16-bit dan menawarkan beberapa permainan yang boleh dimainkan oleh semua orang.

doodle champion island

Dengan pengenalan watak Calico, pengguna dapat bermain tujuh permainan mini sukan seperti pingpong, papan luncur, memanah dan lain-lain.

Advertisement

doodle champion island

Caranya mudah saja, korang hanya perlu menggunakan button space dan arrow pada bahagian keyboard untuk mengawal watak dalam permainan itu.

doodle champion island

Untuk makluman, Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah ditangguhkan setahun kerana pandemik Covid-19. Menerusi laporan Harian Metro, ianya satu situasi yang janggal dalam sejarah olimpik kerana majlis pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diadakan tanpa penonton.

sukan olimpik tokyo

Orang awam di Jepun juga turut dilarang hadir ke kejohanan tersebut bagi mengelak berlakunya jangkitan kepada pelawat. Walau bagaimanapun, hanya 1,000 orang saja yang akan hadir di Stadium Olimpik yang secara amnya mempunyai 68,000 tempat duduk.

Nak tahu lebih lanjut tentang permainan, korang boleh tekan link ini.

Sumber

SUMBERGoogle

Comments