GrabFood Lancarkan Dapur Kongsi Pertama Di Singapura, Pelbagai Jenama Restoran Di Bawah Satu Bumbung

grab kitchen

GrabFood telah menjadi operator penghantaran makanan terbaru yang melancarkan ruang dapur yang menempatkan pelbagai jenama restoran di bawah satu bumbung. Nampaknya langkah ini menghangatkan lagi persaingan diantara syarikat penghantaran makanan yang lain di Singapura.

Di Singapura, penduduk di kawasan Upper Bukit Timah, Bukit Batok dan Bukit Gombak kini boleh menikmati makanan dari jenama-jenama yang boleh dipesan di GrabFood di dapur yang sama.

GrabKitchen-Singapore
Sumber

Konsep cloud kitchen ini adalah restoran di mana segala pesanan makanan dipesan melalui sistem pesanan atas talian seperti GrabFood. Untuk dapur kongsi ini, pesanan makanan boleh diambil sendiri atau dinikmati di ruang dapur yang terletak di Hillview ini.

grab kitchen
Sumber

Selain daripada GrabFood, dua lagi syarikat penghantaran makanan di Singapura iaitu Deliveroo dan Foodpanda telah pun melancarkan ruang dapur mereka. Konsep ini telah mendapat perhatian memandangkan jumlah pesanan yang semakin meningkat.

Advertisement

Pengusaha restoran juga dapat mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk pembukaan restoran. Untuk yang masih belum jelas tentang konsep cloud kitchen ini, boleh tonton video di bawah.

Comments

comments