Grup Whatsapp Dan Telegram Banyak? Ini Cara Untuk Elak Daripada Dimasukkan Dalam Grup Chat

Whatsapp dan Telegram

Majoriti rakyat Malaysia akan ada aplikasi Whatsapp dan Telegram di telefon bimbit masing-masing sebagai cara untuk berkomunikasi dengan kenalan.

Pun begitu, aplikasi ini juga tidak lari dengan perbualan di dalam kumpulan atau group chats yang sememangnya mempunyai ahli yang banyak.

Namun, ada kalanya segelintir individu tidak gemar untuk terlibat dalam group chat tersebut. Mungkin memang ada yang kurang gemar untuk melibatkan diri dalam kumpulan itu atas faktor ketidakselesaan.

Advertisement

Masuk dalam grup chat Whatsapp dan Telegaram tanpa persetujuan 

Sebagai contoh, individu yang tidak dikenali ‘senang-senang’ masukkan pengguna lain di dalam group chat  tanpa persetujuan atau sebarang sebab.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang perkara ini juga terjadi secara tiba-tiba apabila orang yang tidak dikenali mengajak untuk masuk ke dalam satu group chat yang mempunyai unsur judi.

Oleh itu, menerusi Sinar Plus terdapat cara untuk mengelakkan supaya orang yang tidak dikenali ini mengajak untuk masuk ke dalam group chat di dalam Whatsapp mahupun Telegram.

Untuk aplikasi Whatsapp

Pertama, anda perlu membuka aplikasi Whastapp dan tekan Setting dan pilih Account. 

Kedua, tekan pada Privacy dan pilih My Contacts pada bahagian Groups. Mudah bukan!

grup whatsapp dan telegram

grup whatsapp dan telegram

 

Untuk aplikasi Telegram

Pertama, anda perlu buka aplikasi Telegram dan pergi ke bahagian Settings dan tekan Privacy and Security. 

Seterusnya tekan pada Groups & Channels dan pilih My Contacts. 

elako rang tambah group chat di Whatssapp dan Telegram

Semuanya senang sahaja dan anda hanya perlu melakukannya di telefon bimbit masing-masing.

Dengan cara ini, orang yang dikenali sahaja boleh mengajak atau menambah anda ke dalam group chat di aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERSinar plus

Comments