GSC Pavilion Henti Operasi Secara Kekal Mulai 17 Februari Ini

6023

Mungkin ada yang bakal terkejut namun melalui akaun Twitter, Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan bahawa panggung wayangnya di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bakal menghentikan operasi secara kekal mulai 17 Februari ini.


GSC Pavilion sudah beroperasi lebih sedekad dan sudah beberapa kali diubah suai dan ditambah baik. Ia dilancarkan pada 29 November 2007 dan menggunakan teknologi menonton wayang yang canggih.

Papan kenyataan mengumumkan penutupan GSC Pavilion juga diletakkan berhampiran kaunter tiket GSC Pavilion.

Walaupun berita ini mengecewakan ramai, masih ada cawangan GSC lain yang masih beroperasi di kawasan terdekat antaranya GSC MyTOWN Cheras, GSC Berjaya Times Square, GSC Quill City Mall, GSC Mid Valley dan juga  Aurum Theatre di The Gardens Mall. – amazingnara.com

Comments

comments