Gucci Didakwa Tiru Fesyen Guru Besar Sin Chan

14826

Setiap fesyen yang hadir dalam kehidupan kita akan berubah mengikut musim atau hadir kembali mengikut trend pada zaman tersebut.

Bukan itu sahaja, rekaannya juga boleh diadaptasi dari sebuh kartun kegemaran anda ataupun idea dari sebuah filem. Begitu juga dengan pakaiaan yang direka oleh jenama terkenal Gucci.

Ini telah ditularkan oleh posting pengguna Twitter, TOMOKIN yang mendakwa Gucci telah meniru rekaan baju guru besar Shin Chan, Bunta Takakura. Jika anda lihat rekaannya memang sama dan boleh lihat perbezaanya.

Apa yang anda semua perlu tahu, bahawa koleksi baju ini telah dikeluarkan pada tahun lepas. Kini ia mendapat perhatian semula selepas TOMOKIN berkongsi gambar ini di laman sosial miliknya.

Inspirasi rekaan baju sudah menjadi kebiasaan di dunia fesyen untuk meniru watak kartun. Ini kerana pakaian watak kartun Lupin The 3rd turut dijadikan inspirasi untuk pentas peragaan.

Tak sangka fesyen guru besar Sin Chan ini boleh jadi ikutan. Apakah fesyen watak kartun menjadi idaman untuk anda ikuti?

 

 

 

 

 

 

Comments

comments