Gula Bukan Musuh! Bersederhanalah Dalam Pemakanan Yang Diambil

923

Menahan lapar dan dahaga sehingga 13 jam ketika berpuasa dalam cuaca yang tidak menentu pasti membuatkan tubuh badan kurang cecair atau dehidrasi. Dalam keadaan normal, jumlah cecair yang hilang dari tubuh setiap hari antara 1,000 hingga 4,500 mililiter.

Nafsu lebih memuncak apabila tiba di bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai sajian enak, ditambah pelbagai jenis minuman manis yang seakan-akan ‘melambai’ kita untuk dibeli.

Kebanyakkan dari kita sukakan gula dan benda manis pada bulan puasa ini, ini seakan menu wajib sewaktu berbuka oleh semua orang di Malaysia sejak dari dahulu lagi.

Dari kuih Onde-onde, Seri Muka, Lapis, dan Bingka Ubi sering menjadi rebutan ramai kerana kemanisannya dan keenakkanya.

Sebenarnya jika anda nak mengambil gula bukan tidak boleh, tetapi kena beragak dalam kuantiti yang tidak berlebih-lebihan hingga boleh memudaratkan seperti meningkatkan risiko kencing manis dan juga obesiti.

Adakah anda semua tahu satu daripada empat penduduk di negara ini menghidap Diabetes.

Statistik Kajian Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai pesakit Diabetes paling tinggi di dunia.

Bukan itu sahaja, negara kita semua juga adalah salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33% dan obesiti sebanyak 18%.

Tahukah anda gula tak menyebabkan anda menghidap Diabetis?

Pasti anda tertanya-tanya mengapa bukan gula? dan apakah penyumbang utama penyakit Diabetis. Ini kerana Diabetes adalah penyakit yang kompleks, disebabkan oleh banyak faktor. Diabetis adalah penyakit yang amat kompleks dan terbahagi kepada dua jenis.

Diabetis Jenis 1

Kencing manis Jenis 1 dikenali sebagai kebergantungan terhadap insulin atau kencing manis zaman kanak-kanak kerana ia lazimnya disebabkan keturunan. 

Ia adalah penyakit autoimun, bermakna apabila sistem menyerang tisu dan organ, pankreas mula gagal berfungsi dan tidak menghasilkan insulin. Tanpa suntikan insulin, kesihatan pesakit boleh menjadi teruk dan mungkin mengakibatkan maut.

Diabetis jenis 2

Pada mulanya jenis ini dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Namun begitu, Jenis 2 sekarang didapati menyerang kanak-kanak juga. Jenis 2 berlaku apabila badan menentang insulin. Meskipun faktor genetik boleh mengakibatkan Jenis 2, faktor gaya hidup adalah penyumbang yang terbesar.

Memang gula bukan faktor utama penghidap Diabetis.

Kenapa berat badan tak turun-turun bulan puasa ini?

Masalah paling utama disebabkan oleh makanan manis dan juga minuman manis yang diambil berlebihan ketika berbuka puasa.

Makanan dan minumana manis berpotensi menaikkan berat badan kita bersempena bulan puasa, bukannya makin kurus tetapi akan menambah berat badan.

Nak naik senang, nak turun sangat payah. Oleh itu, fikir dulu sebelum makan.

Mengapa nafas kita berbau busuk pada bulan puasa?

Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid.

Pada bulan puasa anda semua kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.

Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.

Memang benar dalam Al-Quran ada mengatakan bau mulut busuk orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi.

Tetapi jangan sampai anda semua tidak menjaga kebersihan gigi sehingga mengganggu ketenteram awam.

Adakah makan nasi dalam saiz hidangan besar kekalkan tenaga semasa berpuasa?

Sebagai rakyat Malaysia, tentu makanan ruji iaitu nasi yang kaya dengan karbohidrat berfungsi menjadi pilihan dan membekalkan tenaga menjadi pilihan utama.

Ramai yang memikirkan nasi adalah satu-satunya sumber karbohidrat yang mampu memberi tenaga berpanjangan. Diet karbohidrat adalah sangat tinggi dengan pengambilan sumber karbohidrat misalan nasi lebih banyak, hingga mengurangkan kuantiti nutrisi penting lain terutama protein.

Amalan pemakanan ini akan mengakibatkan peningkatan gula dan insulin di dalam tubuh, berasa kenyang sepanjang hari dan mudah berasa lapar dan lesu.

Ia akan berbeza jika anda mengambil menu seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, rendah indeks glisemik dan penghidratan secukupnya.

Makanan yang tinggi indeks glisemik (GI) mempunyai kadar penyerapan yang cepat menyebabkan rasa lapar lebih cepat.

Sumber protein boleh didapati daripada produk haiwan dan tumbuhan, pilihan paling mudah untuk mendapat nutrisi ini ketika sahur adalah pengambilan susu serta kekacang.

Serat amat penting ketika bersahur kerana ia akan menjaga bahagian penting dalam sistem pencernaan dan penghadaman manusia.

Serat akan merendahkan kadar peningkatan gula dalam darah dan memanjangkan waktu makanan berada di dalam perut, seterusnya sentiasa membuatkan kita berasa kenyang dan kurang lapar.

Jika anda pengemar nasi sewaktu bersahur, beras perang tinggi serat berbanding beras putih. Jangan lupa menitikberatkan pengambilan sayuran dan buahan ketika bersahur juga.

Serat terbahagi kepada dua jenis:

Serat larut air

Definisi serat larut adalah serat makanan yang larut dalam air. Serat larut menarik air dan membentuk gel, yang memperlambat pencernaan. Serat larut menunda pengosongan perut dan membuat Anda merasa kenyang, yang membantu mengendalikan berat badan.

Contoh makanan yang mengandung serat larut air adalah apel, kacang-kacangan, wortel, dan berbagai jenis jeruk.

Serat tidak larut air

Serat jenis ini dapat berfungsi membersihkan saluran cerna dengan membantu melancarkan proses pembuangan air besar.

Serat tidak larut air adalah diserap melalui usus besar dengan cepat dan ia dapat mencegah sembelit dan juga cirit-birit.

Contoh makanan untuk serat tidak larut air yang boleh diambil ialah, makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti gandum sepenuhnya seperti WholegrainWholewheat dan Wholemeal.


Kurangkan pengambilan gula dan garam yang banyak ini akan menyebabkan anda cepat dahaga.

 Amalan diet kurang sihat ketika bersahur akan mengakibatkan peningkatan gula dan insulin di dalam tubuh, rasa kenyang adalah sementara, mudah berasa lapar dan lesu.

Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil menu seimbang mengandungi karbohidrat, protein, rendah indeks glisemik dan penghidratan secukupnya.

Tahukah anda pengambilan gula banyak sebenarnya buatkan anda ingin tidur sahaja bulan puasa ini? 


Adakah anda semua perasan bahawa jika anda mengambil minuman manis seperti minuman bersoda lepas sejam, anda mendapati diri anda berasa sangat lesu walaupun dikatakan air tersebut adalah penambah tenaga.

Ini kerana makanan dan minuman yang tinggi gula tambahan akan cepat meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin.

Gula tidak mengenyangkan. Ia hanya akan memberikan keselesaan sementara yang hanya akan menambahkan rasa lapar selepas itu.

Kenaikan kadar insulin hasil dari peningkatan kadar gula di dalam darah merendahkan tahap gula darah seterusnya menyebabkan rasa lapar.

Kurangkan gula dan lebihkan karbohidrat kompleks (nasi, roti, oat) untuk mendapatkan kekenyangan lebih lama.

Jika tidak ambil gula langsung apa akan jadi pada badan bulan puasa ini?

Gula sangat diperlukan oleh otak. Ketiadaan gula boleh menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak cergas. Penggunaan ‘tanpa gula’ atau ‘tanpa gula tambahan’ menimbulkan persepsi yang salah terhadap pengguna.

Apabila tiba waktu berbuka puasa cuba ubah sikap mengambil minuman dan makanan manis dengan mengantikannya dengan kurma yang mengandungi serat, tinggi vitamin dan mineral serta separuh cawan jus buah-buahan.

Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal.

Ingat, hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih, kek dan air manis sewaktu berbuka puasa.

Bulan puasa sudah masuk minggu kedua, tak salah anda baru mengawal kadar pengambilan gula dari sekarang. Ubahlah diri anda sendiri dan keluarga sebelum semuanya melarat.

Bukan sahaja pada Ramadan kawal kuantiti gula yang diambil. Ingat!  gula bukan musuh, bersederhanalah dalam pemakanan kita.

Diharapkan artikel kali ini dapat memberi anda cara mengurangkan kandungan makanan dan mengurangkan berat badan. Selamat berpuasa!

 

Comments

comments