Guna Cecair Pencuci Pinggan Pun Dah Boleh Tangkap Nyamuk!

979

Pada musim hujan ini, kita semua tahu persekitaran lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika.

kawasan bertakung

Banyak cara telah kita amalkan di rumah untuk menghalang pembiakan nyamuk di rumah tetapi satu pun tidak berkesan.

Menurut Ilham Media,terdapat satu kaedah berkesan untuk mengawal nyamuk di rumah dengan cara paling mudah.

Gunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ianya berkesan.

Ianya murah dan tiada toksik seperti Ridsect atau Fumakilla dan yang lain-lain. Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini.

ridsect atau fumakila
spray nyamukCaranya:

Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat.

Selepas itu letakkan di atas meja, kerusi, mahupun di luar rumah. Ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu.

nyamuk mati

Cubalah ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda.

Terutamanya di tempat yang membawa wabak Denggi atau Zika yang boleh menyerang manusia mahupun haiwan.

 

 

 

 

Sumber: Ilham Media

Comments

comments