Guna Minyak Sawit Untuk Kekal Awet Muda Kata Seorang Menteri

555


Sesiapa di sini yang nak kekal awet muda walaupun sudah berusia? Semalam seorang menteri telah menggelikan hati Dewan Rakyat apabila beliau menyuruh ahli dewan rakyat yang lain menggunakan minyak sawit merah untuk kelihatan muda.

Menurut Free Malaysia Today, Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok berkata minyak sawit kaya dengan zat seperti vitamin E dan asid lemak tepu.


Teresa memberitahu, menurut kajian minyak sawit merah mengandungi 20 jenis karotenoid.

Minyak sawit merah juga antioksidan dan tidak mengandungi lemak trans. Apa yang dikatakan perdana menteri baru-baru ini sangat jelas. Jika kita mengambil, kita akan jadi lebih sihat dan lebih kuat.

Anda patut rasai kelazatan minyak sawit merah. Semua ahli-ahli Parlimen akan diberi 1 botol, supaya anda boleh kekal awet muda seperti perdana menteri, timbalan speaker dan juga saya.

Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) bangun untuk mengucapkan tahniah kepada Kok kerana mempunyai paras rupa fizikal awet muda selepas mengambil minyak sawit.

Teresa Kok menjawab Steven Choong (PH-Tebrau) yang bertanyakan mengenai manfaat mengambil minyak sawit.

Menjawab pertanyaan Choong sama ada kerajaan merancang untuk mengurangkan bekalan minyak sawit yang melebihi permintaan dan mengekspot buah-buahan lain.

Sumber: Free Malaysia Today

Comments

comments