Gunung Agung Meletus Lagi! Abu Panas Terbang Setinggi 5.1KM

2211

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku jam 3.21 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Abu letusan dilihat berwarna kelabu dengan kemungkinan bergerak menuju ke arah barat daya.

Letusan ini direkodkan menggunakan kaedah seismogram dengan amplitud maksimum 25 milimeter dan berlangsung selama kira-kira 2 minit 55 saat.

Agensi itu juga memberitahu bahawa Gunung Agung kini berada dalam keadaan tahap tiga atau bersiap sedia.

Masyarakat tempatan dan juga para pelancong diminta untuk tidak melakukan aktiviti di sekitar 4 kilometer dari kawasan puncak gunung tersebut.

Tahun lalu, Gunung Agung pernah menggemparkan penduduk apabila memuntahkan abu dan lava panas sebelum kembali reda.

Comments

comments