Guru Panik Melihat Anak Murid Bergaduh, Rupanya Hanya Satu Prank

2981

Mungkin ada yang pernah tonton video yang tular di Twitter baru-baru ini tentang anak murid yang buat prank pada guru mereka. Ramai netizen yang berasa sebak apabila melihat kesungguhan anak-anak murid ini untuk menyambut hari jadi guru kesayangan mereka.

Video yang dikongsikan oleh Ilhan Zakaria ini mendapat perkongsian sebanyak 16.8 ribu retweet di Twitter. Dia bersama rakan-rakan sekelasnya berpura-pura mencetuskan pergaduhan sehingga guru mereka panik!

 

Siapa lah yang tak panik kalau tiba-tiba anak murid bergaduh macam ni kan?

Tindakan guru yang bersungguh-sungguh ingin menghentikan pergaduhan itu telah membuatkan ramai netizen berasa terharu. Bayangkan lah nak lawan tenaga orang muda yang tengah bergaduh dengan usia mereka macam ni.

Rupa-rupanya mereka semua ini pelajar tingkatan lima yang tak lama lagi akan meninggalkan alam persekolahan. Jadi sebabkan itu lah mereka bersungguh-sungguh nak prank guru mereka ni sempena hari jadinya.

“Ini tahun last kami, doakan kami SPM tahun ni.”

Setelah menonton video ini pastinya ramai yang mengimbau kembali zaman persekolah dulu kan?

via GIPHY

Comments

comments