“Habis Jahanam Dibuatnya” – Perkongsian Perubahan Landskap di Pahang Penyebab Banjir

Pasti anda semua sedia maklum mengenai banjir teruk yang melanda beberapa daerah di negeri Pahang.

Menerusi sebuah muat naik di Facebook oleh Syed Muhammad, ternyata perubahan landskap yang begitu ketara antara penyebab utama banjir berlaku.

Allah dah jadikan bukit tu bersebab, hutan tu bersebab. Tarah punya tarah yg parah rakyat

Ini komen seorang netizen yang berpendapat bahawa, ini semua angkara manusia dan bukanlah bencana alam semata-mata.

kredit – Facebook

Cantik bentuk petak je…kalau tak manusia buat sape buat?

Biar gambar berbicara, jangan sesekali kita salahkan Tuhan. Angkara kita musnahkan hutan

Advertisement

Tambah mereka lagi, dengan ketiadaan tempat tadahan juga antara penyebab utama banjir berlaku.


Untuk makluman anda ini juga dikenali sebagai deforestation dimana apabila pembalakan berlaku secara berleluasa, ia akan menyebabkan banjir akibat ketiadaan pokok-pokok dan juga tanah untuk menyerap segala air akibat hujan yang berterusan.

Sehingga hari ini, banjir di beberapa negeri di Malaysia masih lagi berada dalam keadaan bahaya. Lebuhraya LPT hala timur masih lagi ditutup sejak 11.30malam, Ahad lalu.

Comments