Had Umur Mengundi Diturunkan, Apa Reaksi Netizen?

72

Semalam, kabinet telah bersetuju untuk menurunkan had umur layak mengundi di Malaysia daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq, terus memperjuangkan untuk menurunkan had umur mengundi dan menjadikan cadangan meminda perlembagaan ini satu kenyataan untuk memastikan proses pengundian dilakukan dengan adil dan telus.

Bagi mendapatkan persetujuan dua pertiga Dewan Rakyat untuk meluluskan pindaan tersebut, beliau akan bertemu dengan semua anggota parlimen dalam kalangan belia tanpa mengira parti politik untuk menubuhkan Kaukus Belia.

YB juga berpendapat bahawa Malaysia harus memberi pendedahan berkaitan politik kepada pelajar di peringkat menengah atas seperti yang dilakukan di beberapa negara lain.

Apa pendapat netizen terutamanya orang-orang muda ini sendiri tentang cadangan ini?

Melihat dari komen-komen di laman sosial twitter, rata-rata mereka tidak bersetuju dengan cadangan had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun. Kita tidak patut membandingkan remaja di negara lain dengan negara ini. Serta ada yang mengatakan meskipun had umur 21 tahun sebelum ini, masih ramai yang tidak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya umum yang lalu.

Masih ada juga yang setuju dengan cadangan ini tetapi perlu ada kajian dan pendedahan yang lebih awal sebagai persiapan jika ingin menjayakan cadangan ini.

 

Bagaimanapun, perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkepentingan terlebih dahulu dan beliau yakin had umur mengundi 18 tahun akan dapat dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-15.

Bagaimana pula pandangan anda dengan cadangan ini?

Comments

comments