Hadiah Bernilai 5 Angka Ditolak Mentah-Mentah, Tindakan Produksi Ini Amat Mengejutkan

109

MOBHouse Production telah ditubuhkan untuk menghasilkan kandungan inovatif dengan objektif yang jelas untuk merapatkan jurang antara jenama dan perniagaan dengan pengguna.

Baru-baru ini, “Shahzeeq Shahren” (dahulunya dikenali sebagai Tekan Start) menyertai mereka sebagai pencipta kandungan.

Sempena mengalu-alukan kedatangan beliau ke MOBHouse Production, pengasasnya – Shane Tan berbesar hati menghadiahkan “Shahzeeq” satu set komputer MSI yang lengkap.

Difahamkan set ini bernilai RM11,016 termasuk sistem Pra-dibina Aegis X, Monitor Optix G27C2, Tetikus DS100 dan Papan Kekunci DS4100.

Krew MOBHouse turut mengekalkan kamera selepas mereka membuat satu pengambaran video LIVE untuk mendapatkan reaksi “Shahzeeq” terhadap hadiah itu.

Namun maklum balas tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja “Shahzeeq” melihat hadiah itu seperti tiada apa-apa yang menarik, dia juga menjelaskan bahawa telah pun membeli grafik kad GTX 1080Ti yang jauh lebih bagus untuk komputernya sendiri.

Disebabkan reaksi “Shahzeeq” yang diluar jangkaan, MOBHouse Production berasa terkejut dan terkilan kerana Shahzeeq seperti tidak menghargai pemberian tersebut.

Shane turut memberitahu penonton bahawa MOBHouse Production akan membuat satu giveaway yang berharga RM11,026.

“Salah seorang daripada anda di luar sana pasti akan lebih bersyukur menerima ini!”, ujar Shane sebelum meninggalkan set dan menutup pintu di belakangnya.

Dalam pada itu, sumber kami di Produksi MOBHouse memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai giveaway ini akan diumumkan dengan segera, jadi jangan lupa untuk mengikuti mereka di Facebook dan Youtube.

Comments

comments