“Hadiah Kemenangan”, Penyokong Indonesia Rosakkan 44 Buah Kerusi Stadium

2077

Di sebalik kemenangan pasukan Malaysia menentang Indonesia pada Selasa lalu, ada berita yang kurang enak disampaikan oleh kakitangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebanyak 44 buah kerusi telah ‘selamat’ dirosakkan oleh penyokong Indonesia.

Kerosakan yang dilakukan telah mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya RM11,000 selepas kerusi-kerusi itu dihancurkan. Semasa perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, pasukan Malaysia telah menentang Indonesia.

Ada juga beberapa video yang dikongsikan di media sosial, yang menunjukkan penyokong Indonesia membaling kerusi stadium kepada penyokong Malaysia. Selain kerusi terbang, penyokong Indonesia juga turut melemparkan flare (suar) ke arah penyokong Malaysia.

“Tu boleh nampak kerusi terbang.”

Isu kerosakan ini bukan lah isu besar sehingga perlu membuat perjumpaan dengan Menteri Syed Saddiq seperti yang diminta orang ramai. Namun, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah membuat laporan pada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan susulan. Ada juga peminat bola sepak yang tidak berpuas hati dan menggesa Indonesia bertanggungjawab dan membayar ganti rugi.

kerusi stadium
Kredit: Berita Harian

Ramai yang tak berpuas hati dengan sikap segelintir penyokong Indonesia yang seolah-olah tidak boleh menerima kekalahan pada setiap kali perlawanan. Peminat bola sepak tanah air juga meminta tindakan diambil oleh FIFA supaya tiada lagi insiden seperti ini berlaku pada masa hadapan.

Perlawanan Malaysia menentang Indonesia menyaksikan kemenangan berpihak pada Malaysia dengan mata 2-0. Selain berita kemenangan Malaysia, semangat Ultras Malaya turut mendapat perhatian media terutamanya media antarabangsa.

Artikel berkaitan: “Hebat Ultras Malaya!”, Media Antarabangsa Kagum Lihat Semangat Penyokong Malaysia

Comments

comments