“Hail Hitler!”, Graduan Dikecam Tunjuk Tanda Solidariti Palestine Atas Pentas

1908

Sejak dua menjak ini, macam-macam hal yang berlaku semasa majlis graduasi atau konvokesyen di universiti. Sebelum ini kecoh apabila graduan dari Universiti Malaya membuat protes di atas pentas semasa majlis konvokesyen.

Baca: “Turunkan VC!”, Sikap Biadap Graduan Universiti Malaya Ini Dikecam Netizen 

Sekarang ini kecoh apabila seorang lagi graduan turut melakukan protesnya di atas pentas konvokesyen. Graduan ini membuat gaya ‘Hail Hitler’ kononnya sebagai tanda sokongan kepada Palestin.

“Aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust.”

graduan hail hitler
Di dalam caption yang dikongsikan, dia melakukan gaya ‘Hail Hitler’ sebagai simbolik kerana dunia seolah-olah menjadi buta dan bisu ketika Yahudi bermaharajalela. Di mana pemerintah negara-negara Islam seperti badut yang menjadi hiburan politik dunia.

Maka itu, aku bersolidarati untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam pada Yahudi. Maka aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust.

Hail Hitler

hitler
Kalau anda nak tahu, ‘Hail Hitler’ atau ‘Salam Hitler’ memberi maksud hormat kepada Nazi/Hitler. Ianya adalah adalah sikap hormat yang biasanya disertai dengan teriakan, Heil Hitler! Heil, mein Führer! atau Sieg Heil! Disebabkan itu, ramai yang pelik dengan tindakan graduan ini yang seolah-olah mengagungkan Hitler di dalam isu Palestine ini.

“Takkan dia hanya membuta tuli ikut sign tu tanpa tahu sejarah”

“Hitler tu ada kaitan dengan pembentukan Israel kot.”


Ramai yang rasakan graduan ini tidak mengenali sepenuhnya sejarah Hitler kerana apa yang dilakukan bertentangan dengan apa yang disokong. Tapi yang pentingnya, protes atau demonstrasi di atas pentas konvokesyen seharusnya dihentikan.

Comments

comments