Hampir 19 Juta Tontonan Di TikTok, Wanita Ini Kongsi Cara Lain Makan Jeruk Bawang Putih

Siapa sini penggemar jeruk bawang putih ? Biasanya, jeruk bawang putih dimakan bersama sajian nasi kerabu dan makanan lain-lain. Ada juga yang suka makan jeruk bawang putih macam tu je tanpa ada apa-apa campuran.

Bagi mereka yang nak rasa sendiri proses pembuatannya, ianya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan bahan yang cukup simple. Korang hanya perlukan bawang putih, cuka, gula, garam dan air untuk menghasilkan jeruk bawang putih.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi cara lain untuk makan jeruk bawang putih yang mungkin jarang digunakan oleh orang lain.

@lalaleluu

Reply to @johneng33 BUSSINNNNN

? original sound – Lala

Advertisement

Korang hanya perlukan jeruk bawang putih yang sudah dikupas, sos sriracha, chili flakes dan serbuk thymes. Kesemua bahan tersebut perlu dicampur di dalam satu bekas supaya campuran itu sekata.

Segelintir individu mungkin tak berminat untuk cuba resipi ini kerana bau bawang putih yang cukup kuat tapi mungkin tidak untuk penggemar makanan berasaskan jeruk.

Agak-agak korang nak try tak resipi ni?

Sumber

Comments

comments

SOURCETikTok