Hampir Dua Bulan Panggung Wayang Tidak Beroperasi, Kerusi dan Lantai Turut Ditumbuhi Kulat

kerusi wayang

Pembukaan semula operasi perniagaan dan pusat membeli-belah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini menyaksikan banyak aduan yang diterima melibatkan kerosakan barang jualan di kedai. Panggung wayang juga menerima nasib yang sama akibat penutupan operasi setelah hampir dua bulan.

Baca: Produk Barang Kulit Menjadi Berkulat Ditinggalkan Terlalu Lama Di Kedai

Gambar dalam panggung wayang yang tular di media sosial menunjukkan kerusi dan lantai dalam panggung wayang rata-ratanya rosak ditumbuhi kulat. Akibat dua bulan pendingin hawa tidak dipasang, udara lembab di dalam panggung wayang telah menyebabkan kulat tumbuh secara aktif.

kerusi wayang

Advertisement

Gambar yang tersebar mendapat perhatian netizen beberapa hari lepas namun lokasi panggung wayang tersebut tidak pula didedahkan.

kerusi wayang

Dengan melihat keadaan kulat yang tumbuh di bahagian kerusi dan lantai, hampir sama dengan kulat yang tumbuh pada aksesori barangan kulit yang dikongsikan sebelum ini. Pihak syarikat yang mengendalikan panggung wayang akan menghadapi sedikit tekanan dari segi kos dan masa untuk memulihkan kembali keadaan panggung wayang seperti sedia kala.

Berhubung penyebaran gambar barangan kulit yang dijangkiti kulat sebelum ini, kumpulan The MUI yang menguruskan Metrojaya Suria Sabah, Kota Kinabalu terpaksa mengambil tindakan untuk membuang barang kulit yang telah rosak.

kerusi wayang

Ini untuk menjamin keselamatan pembeli agar tidak mendapat sebarang reaksi alergik atau penyakit kulit yang lain. Walau bagaimanapun, pembukaan semula pusat membeli-belah tetap tidak membenarkan panggung wayang untuk kembali operasi.

Panggung wayang akan terus ditutup sementara sehingga arahan seterusnya diberikan oleh pihak kerajaan. Langkah menutup pusat refleksologi, pusat karaoke dan panggung wayang adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada bersentuhan dan tidak menjaga jarak.

Sumber 

Comments

comments