Hanya Dengan Batuk Dan Bersin, COVID-19 Mungkin Boleh Dikesan Melalui Telefon Pintar

Gambar hiasan

Umum mengetahui, jangkitan COVID-19 ketika ini hanya mampu dikesan melalui ujian swab test sahaja. Namun dikatakan baru-baru ini, tidak lama lagi jangkitan virus ini juga akan boleh dikesan menerusi batuk dan bersin pada telefon pintar dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

Hal ini kerana, akan ada satu sensor khas yang akan siap dihasilkan untuk mengesan coronavirus serta boleh disambungkan pada telefon pintar anda.

Selain mudah digunakan, ianya juga berupaya memaklumkan keputusan ujian hanya dalam tempoh 60 saat sahaja.

Gambar hiasan

Difahamkan, gajet ini pada awalnya telah direka bagi memerangi virus Zika yang berpunca daripada nyamuk. Namun, rancangan tersebut telah diubah dan kini peranti tersebut telah diprogramkan untuk mengenalpasti COVID-19.

“Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus sensor, ia akan dapat mengetahui adakah mereka menderita COVID-19.”

Selain itu, terdapat juga satu prototaip yang bersaiz seperti sekeping duit syiling akan disambungkan pada telefon pintar menggunakan teknologi Bluetooth. Difahamkan, pengguna boleh memasang sensor pada port pengecas telefon dan hanya perlu melancarkan aplikasi tersebut, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya.

Seterusnya, mereka hanya perlu menunggu keputusan sama ada berlaku perubahan warna atau tidak pada prototaip tersebut. Aplikasi berkenaan dijangka akan diuji pada bulan Julai akan datang dan berkemungkinan akan dikeluarkan pada bulan Ogos dengan harga RM 196 sahaja.

Sumber

Comments

comments