Hanya Kerana ‘Ganjaran’ Valentine, Pemburu Wanita Sanggup Bunuh Dan Bangga Tunjuk Jantung Zirafah

zirafah

Seorang wanita di utara Afrika Selatan didakwa sanggup membunuh dan bangga dapat memegang jantung zirafah hanya untuk mendapatkan hadiah Hari Valentine daripada suaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Merelize Van Der Merwe berusia 32 tahun mendapat ganjaran sebanyak RM8,540 daripada suaminya kerana membunuh dan mengeluarkan jantung haiwan itu.

Dia dengan bangganya memuat naik sekeping gambarnya yang sedang memegang jantung zirafah.

jantung zirafah

Advertisement

“Pernah terfikir seberapa besar jantung zirafah? Saya benar-benar terawang-awangan dengan hadiah Valentine saya!”.

Perkongsian itu telah tular dan dia mendapat kecaman daripada orang ramai namun Merelize mendakwa pemburuan yang berterusan membantu melestarikan kehidupan liar di Afrika Selatan dan boleh menyumbang kepada aktiviti pelancongan di negara itu.

Selain itu, dia bersama suami yang mengusahakan ladang sitrus di Afrika Selatan itu menjelaskan bahawa kematian haiwan yang berumur 17 tahun itu akan memberi peluang baru kepada zirafah jantan untuk ‘mengambil alih dan memberikan genetik kuat baharu’.

Malahan, dia juga menggelarkan kumpulan haiwan berkenaan sebagai ‘mafia’.

SUMBER

Comments

comments