Hanya Kerana Suka Main Suis Lampu, Seorang Abang Sanggup Belasah Adik Sendiri

Perselisihan faham antara adik-beradik sudah menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan berkeluarga. ‘Air di cincang tidak akan putus’, selalunya perselisihan faham tersebut hanya pergaduhan yang biasa sahaja dan sementara.

Berbeza pula dengan kes kali ini apabila seorang wanita yang merupakan pembantu kedai telah dibelasah teruk oleh abang kandungnya sendiri selepas dituduh bermain suis lampu,

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.20 malam di sebuah rumah di Kampung Alur Rekam Pulau Serai.

Mangsa seorang wanita yang berusia 34 tahun itu tidak melakukan apa-apa dan dikatakan hanya berehat di ruang tamu sebelum didatangi suspek secara tiba-tiba.

Advertisement

Meluru kearah mangsa secara tiba-tiba

Menurut penjelasan Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek berusia 40-an itu dikatakan hanya meluru kearah mangsa dan terus bertindak ganas menumbuk muka adiknya itu dengan kuat sebelum memukul seluruh anggota badan mangsa. Turut dikatakan, suspek memukul mangsa sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan adiknya itu yang didakwa selalu bermain suis lampu.

Akibat dibelasah teruk, mangsa telah mengalami kecederaan dimana bahagian mukanya bengkak dan sakit di seluruh anggota badan.

Nekad buat laporan polis

Mangsa juga membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan abangnya itu dan bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarganya yang lain.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Sumber

Comments

comments