Harapan Gangsa Daripada Aaron-Wooi Yik Buat Malaysia

beregu badminton negara

Sebentar tadi, pasangan beregu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan perlawanan dengan menentang pasangan beregu dari China.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi apabila mereka tewas dengan keputusan mata 22-24 dan 13-21, lapor Harian Metro. Pun begitu, kata-kata pujian harus diberikan kepada mereka kerana sudah berjuang sepenuh tenaga untuk sampai ke peringkat separuh akhir.

Perjuangan mereka tidak berhenti di situ apabila mereka sekali lagi akan turun untuk berlawan dengan beregu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa pada esok hari.

aaron-wooi yik

Advertisement

“Saya akan berjuang dan akan bagi 100 peratus di penentuan gangsa esok” – Aaron

Tewaskan beregu nombor satu dunia 

Sebelum ini, pasangan beregu negara itu telah melakar sejarah apabila dapat menewaskan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan keputusan 21-14, 21-17 dan dapat melayakkan diri ke separuh akhir.

Kata-kata semangat daripada netizen

Walaupun tewas untuk ke peringkat seterusnya, netizen tetap berbangga atas pencapaian daripada mereka sekaligus memberi semangat untuk mendapatkan pingat gangsa di perlawanan seterusnya.

Ia dapat dibuktikan apabila netizen memberi kata-kata semangat kepada pasangan beregu ini dan menjadi trending di laman Twitter selepas perlawanan berakhir.

beregu badminton negara

Netizen juga menyimpan harapan agar pasangan beregu badminton negara ini dapat membawa pulang pingat gangsa selepas perlawanan esok.

Terdahulu pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia juga tewas kepada pemain dari China, Chen Long iaitu pemenang pingat emas edisi Rio 2016.

Semoga kemenangan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik dalam acara beregu lelaki untuk esok dan dapat membawa pingat gangsa seperti yang diharapkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments