Harapkan PS4 Pro, Bila Sampai Depan Rumah Dapat Sup Game Box

Siapa sangka, hajat seorang lelaki dari Johor Baru yang ingin menghabiskan masa bermain PS4 Pro yang dibeli dari sebuah laman e-commerce di Malaysia tidak kesampaian.

Lelaki ini membayar RM1,400 untuk sebuah PS4 Pro, tetapi bila sampai depan rumah, rupanya Sup Game Box

Menurut lelaki ini beliau tidak teragak-agak untuk membeli PS4 Pro itu kerana harganya yang lebih murah berbanding kedai-kedai lain iaitu sekitar RM1,800

Untuk makluman anda Sup Box ini dijual dengan harga sekitar RM34.90 sahaja di laman Shopee.

bukan gambar penjual sebenar

 

Advertisement

 

kredit – The Star

Pada mulanya beliau ingin COD tetapi penjual tersebut memaksa beliau untuk membayar melalui “bank transfer”

Menurutnya lagi, penjual tersebut memberitahu mangsa bahawa beliau adalah seorang penjual alat permainan konsol di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Tebrau.

Terus mempercayai kata-kata manis penjual itu, mangsa telah membayarnya secara penuh dengan anggapan bahawa kedai fizikal tidak dibuka sewaktu PKP mula dikuatkuasakan beberapa bulan yang lepas.

Setelah mencuba beberapa kali untuk menghubungi penjual tersebut akibat tertipu, usaha mangsa gagal. Penjual tersebut juga telah lesap, malahan kedai online-nya juga telah dipadam secara teliti.

Pastikan anda sentiasa memeriksa reputasi sesuatu kedai dan jika harganya terlalu murah, pasti ada udang di sebalik batu.

Sumber : The Star

 

Comments

comments