Harga iPhone 11 Lebih Jimat $300 Berbanding Model Tahun Lalu Hanyalah Satu Trik Pemasaran?

Model terbaru iPhone iaitu iPhone 11 baru sahaja diumumkan minggu lalu di Apple Event 2019. Tiga model yang diperkenalkan iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Model kali ini juga mempunyai cip dan kamera lebih baik berbanding yang pernah dihasilkan. Pendek kata, model kali ini lebih power dari iPhone sebelum ini.

Tetapi yang menarik perhatian bukan sahaja ciri-ciri model kali ini tetapi juga kerana harga model iPhone 11 yang bermula pada $699 berbanding $1000 untuk iPhone XS yang diumumkan tahun lalu.

iphone 11\

Sekali pandang memang nampak lebih jimat. Bukan sikit tetapi $300!

Tetapi ia bukan lah perbandingan yang betul. Untuk iPhone 11, ia sebenarnya merupakan pengganti untuk iPhone ‘bajet’ tahun lepas iaitu iPhone XR yang menelan kos $750 apabila ia dilancarkan bersama dengan iPhone XS berharga $1000.

Advertisement

Pada hakikatnya, pembeli hanya jimat $50 daripada harga $700 yang ditawarkan untuk iPhone 11 kali ini. Ianya seperti satu trik pemasaran dimana nama iPhone 11 kedengaran seolah-olah ia adalah satu flagship terbaru tetapi tidak.

Manakala iPhone 11 Pro adalah flagship ataupun telefon perdana yang dihasilkan Apple yang berharga $1000 seperti model perdana tahun lalu iPhone XS.

perbandingan harga model iphone 11
Kalau dilihat pada spesifikasi iPhone 11 dan iPhone XR, anda akan sedar iPhone 11 adalah pengganti kepada iPhone ‘bajet’ pada tahun lalu.

Kedua model mempunyai skrin jenis yang sama dengan ‘Liquid Retina HD’ dan saiz yang sama iaitu 6.1 inci. Untuk kamera pula, iPhone 11 mempunyai dua sensors berbanding iPhone 11 Pro dengan tiga sensors. Model iPhone XR menampilkan satu kamera sensor dan iPhone XS dengan dual-sensor. 

Dari segi material, iPhone 11 diperbuat daripada kaca dan aluminium seperti iPhone XR. Manakala iPhone 11 Pro diperbuat dari stainless steel seperti iPhone XS.

Dalam erti kata lain, tiada versi terbaru kesinambungan dari iPhone XR dengan iPhone 11 diperkenalkan tanpa penjenamaan ‘bajet’ dari iPhone XR. Ini adalah satu langkah bijak dari Apple yang memperkenalkan model itu sebagai telefon perdana.

Sumber: Business Insider

Comments

comments