Harga Kentang Goreng Cecah Lebih RM 800, Siap Catat Rekod Dunia!

kentang paling mahal

Setiap individu pasti mempunyai cita rasa masing-masing tak kisah dalam apa bentuk sekalipun termasuklah dalam hidangan makanan. Ada yang sanggup menghabiskan ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata untuk memenuhi kehendak sendiri.

Pun begitu, terdapat satu restoran di New York iaitu Serendipity 3 menjual satu hidangan kentang goreng yang kelihatan biasa saja namun harganya mencecah sehingga USD200 (RM 845).

kentang mahal
Sumber : Instagram Serendipity 3

Menerusi hantaran di Instagram restoran tersebut, hidangan itu bahkan dicatatkan dalam Guiness World Record sebagai kentang goreng paling mahal di dunia. Wow!

Advertisement
kentang mahal
Sumber : Instagram Serendipity 3

Pihak restoran memaklumkan yang kentang itu dijual bersempena dengan sambutan Hari Kentang Goreng yang disambut di Amerika Syarikat pada 13 Julai. Menu itu menjadi mahal kerana dimasak oleh Ketua Kreatif Serendipity 3, Chef Joe Calderone dan Chef Eksekutif, Frederick Schoen-Kiewert.

kentang mahal
Sumber : Serendipity 3

Mereka menyajikan hidangan tersebut dengan kentang chipperbec dengan bahan-bahan lain seperti garam truffle daripada Perancis dan minyak truffle. 

Sebagai hiasan, kentang goreng ini juga dihiasi dengan parutan keju premium di atas pinggan kristal serta taburan emas 23 karat yang boleh dimakan.

Sumber

SUMBERInstagram

Comments