Harga Tambang E-Hailing Dijangka Meningkat

2082

Seperti yang kita semua tahu, kerajaan telah mewajibkan semua pemandu e-hailing seperti Grab untuk mengambil ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV).

Menjelang 12 Julai ini, kadar tambang Grab dijangka akan meningkat pada waktu kemuncak berikutan hal ini.

Lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi.

Oleh kerana itu, jumlah pemandu dijangka berkurang kerana ada pemandu yang belum bersedia untuk mengambil lesen tersebut. Menjadikan jumlah pemandu akan berkurangan dan pengguna  Grab akan mengalami kesukaran untuk mendapat pemandu.

Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia (MeHDA) meramalkan kenaikan tambang sebanyak 50% bergantung kepada permintaan dan jumlah pemandu.

Pengguna perlu menunggu lebih lama kerana jarak yang jauh diantara pemandu dan pengguna akan berlaku. Syarikat e-hailing juga mungkin akan melakukan caj tambahan kerana isu kekurangan pemandu. Sebagai contoh tambang berharga RM10 boleh bertambah menjadi RM20.

Walaubagaimanapun, syarikat e-hailing akan memberikan insentif kepada pemandu ketika waktu puncak untuk menggalakkan mereka mengambil penumpang.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memberitahu terdapat seramai 167 000 pemandu e-hailing di Malaysia. Tetapi hanya seramai 16 338 sahaja yang mendaftar untuk ujian PSV ini.

Grab sebelum ini menjalankan Pakej Pikul Bersama untuk membantu pemandu mengambil ujian PSV secara percuma dalam usaha membantu semua pemandu.

Comments

comments