Hari Pertama PKP 2.0, Malaysia Mencatatkan 2,985 Kes Positif dan 4 Kematian

Hari ini, 13 Januari 2021, hari pertama PKP 2.0 dikuatkuasakan. Dengan pelbagai SOP yang telah ditetapkan, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan agar jumlah kes positif COVID-19 bakal menurun dalam tempoh 2 minggu ini.

2,985 kes baharu yang telah disahkan positif pada hari ini, dan 4 kematian telah direkodkan.

Namun demikian, masih lagi terlalu awal  untuk membuat andaian jika PKP 2.0 berkesan. 

Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 837 kes dan Johor iaitu sebanyak 535 kes.

Tambahan pula, jumlah kes discaj yang dilaporkan adalah sebanyak 994 kes. 

Sama-sama kita bekerjasama dan mematuhi arahan PKP untuk menurunkan jumlah kes COVID-19

Advertisement

SUMBER 

Comments