Hati-Hati Ibu Bapa, Van Sekolah Modus Operandi Penculikan Kanak-Kanak Sekarang

1486

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila membaca kes kanak-kanak jadi mangsa culik. Tidak terlintas difikiran mereka tentang penculikan kanak-kanak, dan tak terfikir mungkin mangsa adalah anak mereka sendiri.

Begitu juga dengan seorang atuk yang hampir kehilangan cucunya kerana kes penculikan.

Kisah ini telah dikongsikan oleh Abd Jalil Tahir di Facebooknya tentang sindiket penculikan van sekolah sekarang.

Van sekolah datang lebih awal

van sekolah datang lebih awal

Setiap kali waktu subuh saya akan kejutkan anak ke sekolah dan siapkan sarapan untuk bekal mereka sementara tunggu mereka mandi.

Kebiasaanya saya akan buka pintu rumah untuk menikmati suasana subuh yang dingin dan tenang.

Apa yang berbeza hari ini dari pagi-pagi sebelumnya apabila van sekolah berhenti di rumah jiran pada 6.20 pagi lebih awal dari waktu sebelum ini.

Hati saya terdetik, awalnya van sekolah dia datang pagi ni. Selalunya 6.40am.

Tetapi saya teruskan sahaja kerja saya di dapur. Kemudian saya dengar suara bising di luar rumah. Saya ke depan untuk jenguk.

Driver van sedang bising-bising di hadapan rumah jiran tetapi saya tak faham sebab mereka bercakap dalam bahasa Cina. Apabila seorang lagi jiran keluar dari rumah, van sekolah pun beredar.

Selepas itu saya terus menemui Ah Pek untuk bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya.

Menurut Ah Pek itu, van sekolah nak ambil cucunya tetapi datang awal 20 minit dari waktu sebenar.

Lalu dia tanya kepada pemandu kenapa datang terlalu awal, tetapi jawapannya tidak tahu.

Si pemandu van sekolah hanya mengikut arahan boss untuk ambil cucunya ke sekolah lebih awal.

Menurut atuk itu lagi, yang peliknya van sekolah tersebut masih kosong, selalunya sudah penuh kerana cucunya trip terakhir.

Bukan itu sahaja, pemandu van itu juga bukanlah orang yang sama.

Atuk ini tak sedap hati lalu dia menyuruh pemandu van sekolah mengambil orang lain dahulu sebab cucunya masih belum bersiap.

Si pemandu tidak mahu dan berkeras tidak mahu patah balik. Tetapi atuk itu bertegas bahawa dia yang akan menghantar cucunya ke sekolah sendiri. Si pemandu ini mengatakan menyusahkan.

Nak buat macam mana cucu belum bersiap nak pergi ke sekolahkan, macam mana nak suruh naik van.

Si pemandu terus memarahi atuk itu sehinggalah jiran sebelah muncul dan van sekolah itu beredar.

Van sekolah modus operandi terbaru culik kanak-kanak

Tepat jam 6.40am sebuah van sekolah pun tiba di hadapan rumah atuk tersebut. Saya yang sedang menunggu anak bersarapan menjenguk ke luar rumah.

Cucunya naik van tersebut dan atuk itu bertanyakan kepada si pemandu van mengapa datang awal.

Selepas saya menghantar anak ke sekolah, atuk itu datang ke rumah saya dan memberitahu bahawa cucunya hampir-hampir diculik pagi tadi dengan van sekolah yang datang awal.

“Aiya!! U tau ka, tadi saya tanya driver van yang selalu ambik saya punya cucu, dia ada hantar olang ambik ka? dia kata tarak. Kalau ada dia akan bagitau satu hari awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo. Dia kata sekalang olang guna van sekolah utk kidnap budak! Haiyaa.”

 

cucu hampir kena culik

Nasiblah atuk ini bijak dan rasa sangsi dengan pemandu van pertama kalau tak, hilang dan cucunya pagi itu.

Pada mereka yang hantar anak menaiki van sekolah, pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari.

Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak-kanak.

Kadangkala, walaupun anak-anak berada di tempat yang anda rasa selamat, dengan orang sekeliling yang anda fikirkan tidak akan membawa masalah, jangan ambil mudah hal ini.

Malah jangan letakkan 100% kepercayaan yang anak anda boleh menjaga diri sendiri terutamanya apabila anak anda masih di bawah umur.

Semoga Allah melindungi anak-anak anda dan berhati-hatilah wahai ibu bapa.

 

Sumber: Facebook

Comments

comments