Hati-Hati, Kereta Wanita di Pecah Masuk Gara-Gara “Car Seat”

19678

Selalunya kes pecah kereta akan melibatkan barangan berharga seperti Smart Tag dan juga laptop. Kini zaman sudah berubah, semua ibu bapa di luar sana perlu berhati-hati terutama yang baru sahaja ada bayi.

Kini satu kes pelik telah berlaku di Aeon Bukit Indah, Johor Bharu telah mencetuskan kebimbangan netizen.

Anissyazwanie mengatakan bahawa kereta miliknya telah dipecah kerana pencuri ingin mengambil kerusi keselamatan anaknya yang berada di bahagian belakang.

Car seat anak kena curi

car seat kena curi

“Sabar je lah. Sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba-tiba jual preloved car seat jenama Chicco next fit, warna hitam kelabu, especially area JB, inform aku ye. Curi barang aku takpe, yang buat aku geram dia curi barang anak aku ni.”

Tiada rakaman CCTV

Bukan itu sahaja, setelah keretanya di pecah masuk, beliau ingin menyemak rakaman CCTV di pusat membeli belah tersebut. Namun mereka menjelaskan bahawa CCTV tak disediakan di bahagian parkir.

tingkap di pecah

Kereta beliau juga telah dikopakkan pada bahagian hadapan dengan teruk. Antara barangan yang hilang adalah car seat, vape dan Smart Tag.

kereta dikopak

Pencuri tahu harga car seat

Rata-rata netizen mengatakan bahawa si pencuri sudah mengetahui bahawa harga car seat sangat mahal. Lagi-lagi pengunaan car seat telah diwajibkan pada tahun 2020.

komen netizen

Maka makin banyak kes pecah kereta pada tahun 2020 akan datang. Ada juga netizen memberitahu kes ini akan menyusahkan ibu bapa kerana perlu membawa car seat turun dari kereta selepas ini.


 

Kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hatilah kerana pencuri sudah mula melakukan kerja mereka bagi mendapatkan car seat di dalam kereta anda untuk dijual.

Comments

comments