Hati-Hati Scammer Perkhidmatan Seks Sering Mengaku Kononnya Mangsa

Pasti anda semua pernah tahu atau lihat Kinkysassyy di Twitter yang menawarkan perkhidmatan seks atau aktiviti persundalan.

skam perkhidmatan seks

Dua individu yang bersubahat dalam menguruskan akaun @kinkysassyy dan @comeandgetwet adalah scammer perkhidmatan seks. Si pengurus akaun ini adalah Athirah Binti Alwi dan tunangnya Dinie Bin Muhammad.

Bagaimana si pembongkar ini tahu siapa dalang untuk kes scammer ini?

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter iaitu @jonsow_mustdie berjaya membuat pembongkaran aktiviti scammer Kinkysassyy.

Advertisement

Selama 6 hari penyiasatan telah dilakukan untuk menyiasat kes ini secara mendalam siapa itu Athirah dan siapa lagi yang terlibat dalam kes ini.

Menurut beliau, pada keesokan hari, Athirah telah membuat laporan polis kononnya dia ‘mangsa’ dalam kes ini.

laporan polis dibuat oleh scammer

Kes ini amatlah rumit untuk diselesaikan dimana penyiasat perlu melakukan banyak penyiastaan agar kes ini dapat dibongkarkan.

Si penyiasat pada mulanya meneliti laporan polis yang telah dibuat.

Kisahnya bermula apabila seorang wanita dan seorang lelaki telah difitnah oleh individu yang tidak dikenali atau adakah mereka scammer sebenar?

Ia menjadi tanda tanya pada mulanya, kerana siapakah 2 individu yang dimaksudkan dalam laporan polis ini? Adakah mereka orang yang melakukan jenayah scammer ini?

Pencarian terus dilakukan oleh penyiasat di internet untuk mencari individu pertama iaitu yang dinamakan sebagai Farhanah Zaffeer.

Individu pertama yang dinamakan sangat terkejut akan hal ini dan tidak langsung mengetahuinya dan memang tidak mengenali Athirah.

Keterangan dari Farhanah:

Penyiasat menyarakan agar individu pertama ini membuat laporan polis akan kes ini. Berdasarkan laporan polis pada tarikh 31/7/2019 yang telah memetik nama penuh dan nombor kad pengenalan serta nama universiti sebagai orang yang meminjam sejumlah wang daripada pengadu bersama seorang individu lain pada tarikh 14/1/2018.

Pengadu telah menuduh saya melakukan penipuan di media sosial dengan menawarkan perkhidmatan seks dan kemudiannya mengambil wang mereka dengan cara membayar ke akaun pengadu sebagai bayaran kepada hutang saya kepada beliau.

Saya tidak pernah berhubung apatah lagi membuat apa-apa transaksi samada secara tunai atas tangan atau melalui atas talian dengan pengadu dan/atau individu-individu lain yang telah ditipu.

Seterusnya individu kedua pula dicari, siapakah Hafizuddin?

Pada hari seterusnya salah seorang mangsa scammer yang paling banyak diambil wangnya diambil berjumlah RM3,300 mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Athirah.

Siapa pula Athirah?

mangsa yang ditipu paling banyak bertemu Athirah

Mangsa bertemu dengan Athirah bersama kawannya di kedainya iaitu Alwi Batik. Pada waktu itu Athirah ada di lokasi tersebut.

Athirah mengaku siapa yang menguruskan Twitter Kinkysassyy dan beritahu siapa yang menguruskan akaun sebenar, ternyata bukannya dia tetapi tunangnya Dinie.

Selepas takut disoal siasat Athirah buat panggilan pada tunangnya untuk ganti rugi semula duit mangsa scammer sebanyak RM3,300. Pada waktu itu juga tunang dia pulangkan duit itu kembali dengan nama transaksi Dinie Bin Muhammad.

pembayaran telah dibuat oleh scammer kepada mangsa

Scammer menyamar jadi Hafizuddin

Kes scammer ini makin pelik apabila Hafizuddin menghantar mesej kepada penyiasat mengatakan scammer sebenar aniaya Athirah dan Farhanah.

scammer menyamar jadi Hafizuddin

Kes ini sangatlah memeningkan dimana si scammer sebenar masih lagi menyamar dan menuduh si Hafizuddin yang menggunakan semua duit orang bagi melindungi dirinya dan tunangnya.

menuduh hafizuddin lakukan semua bukan Dini

Rata-rata mangsa scammer dapat semula duit mereka dari orang yang bertanggungjwab.

Dalang sebenar mengaku

Akhirnya pada 08/08/2019, mastermind disebalik Kinkysassy scam dah mengaku yang dia dalang yang mempergunakan Hafizuddin, Farhanah dan tunangnya sendiri Athirah.

dalang scam mengaku bersalah

Gambar berikut pula screenshot dari Dinie sendiri yang mengaku beliau menyamar menjadi Hafizuddin sejak 2 hari lalu.

Screenshot Dinie tunang menyawamar jadi Hafizuddin

Untuk mangsa-mangsa scammer, jadikan ini sebagai pengajaran untuk anda. Jangan sesekali berurusan dengan individu yang tidak dikenali.

Dinie masih menghilangkan diri, panggilan dan WhatsApp tidak dapat. Apa yang dijanjikan kepada mangsa scammer sehingga hari ini tidak dapat lagi.

 

Hebat sungguh penyiasat ini menyelesaikan kes yang agak merumitkan ini. Hati-hati dengan orang di luar sana, jangan jadi mangsa scammer.

 

Sumber: Twitter

Comments

comments