Haziq Aziz Buat Pengakuan Bersumpah Jalin Hubungan Intim Dengan Menteri

308750

Pagi semalam, beberapa buah video yang menunjukkan seorang lelaki mirip kepada seorang menteri melakukan hubungan sejenis dengan seorang lelaki lain dikatakan telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan, namun sebentar tadi Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah memuat naik video pengakuan bahawa video tular itu memaparkan dirinya dan seorang menteri.

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Haziq mendakwa video yang tersebar dalam beberapa siri itu dirakamkan di bilik hotel menteri itu semasa pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei 2019.

Video yang tersebar menunjukkan mereka berdua di atas katil sebuah hotel dikatakan mula disebarkan pagi semalam melalui kumpulan WhatsApp, “Jemputan Hari Raya”.

Haziq dalam video pengakuannya mendakwa video itu telah diambil tanpa kebenarannya, namun tidak menyatakan siapakah individu yang merakamkan video tersebut.

Haziq turut mendakwa menteri itu bukanlah seorang yang layak menjadi pemimpin, dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat menteri itu atas tuduhan korupsi.

Haziq yang merupakan graduan Universiti Malaya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama pada 11 Januari 2019. – amazingnara.com

Comments

comments