Hebat, Pelajar Berjaya Cipta Aplikasi Hidupkan Enjin Motosikal Guna Telefon

1252

Rata-rata ramai orang melihat golongan muda sekarang terlalu manja dan sering kali membuat masalah sosial sehingga tular di laman sosial. Oleh kerana perangai mereka, semua golongan muda di Malaysia dicop sebagai bermasalah.

Tetapi tidak semua golongan muda membuat masalah moral, dimana masih lagi ada diantara mereka mempunyai inovasi yang berjaya membuatkan ramai orang berasa kagum.

Sebelum ini kita telah lihat seorang remaja berusia 14 tahun berjaya menghasilkan powerbank ciptaan beliau sendiri. Tetapi kali ini pula sekumpulan pelajar berjaya menghidupkan motosikal menggunakan aplikasi dan kad pengenalan.

 

Berdasarkan klip berdurasi 59 saat yang tular di Twitter, pelajar terbabit dilihat menghidupkan enjin motosikal dengan hanya menggunakan kad pengenalan dan aplikasi terbabit.

Video dimuat naik @Wadeehe turut memperlihatkan pelajar terbabit membuat demonstrasi cara menggunakan aplikasi berkenaan yang mempunyai dwi fungsi iaitu menghidup serta mematikan enjin motosikal.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kepintaran pelajar berkenaan dan berharap bakat mereka dapat diketengahkan ke tahap lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, inovasi pelajar ini juga telah menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sangat kagum dengan idea mereka.

 


Mengapa benda yang baik yang dilakukan oleh golongan muda tidak mahu dihebahkan, tetapi jika ada kesilapan yang dibuat satu dunia tahu.

Teruskan berinovasi. Itulah anak muda.

 

Semoga golongan muda sekarang mampu menghasilkan ciptaan yang lebih inovatif agar dapat mengubah persepsi orang ramai di luar sana bahawa golongan muda sekarang tidak manja dan mampu berdikari.

 

Sumber: Twitter

Comments

comments