Hebat Sungguh Kuasa Allah, Kanak-Kanak Lumpuh Otak Hafaz 30 Juz Al-Quran

2682

Kita sebagai seorang manusia normal juga tidak mampu untuk menghafaz al-Quran walaupun sejak dari kecil kita sudah belajar mengaji.

Ya Allah, hebat sungguh kekuasaanmu apabila seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit lumpuh otak (Cerebral Palsy) mampu melantunkan bacaan al-Quran.

Dipetik dari Tribune News, Naja yang berusia 9 tahun dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia adalah seorang hafiz walaupun beliau menghidap penyakit lumpuh otak.

Anak kecil ini mula dikenali ramai melalui sebuah rancangan televisyen sebagai salah seorang peserta.

Walaupun dengan ketidakupayaanya, Allah mengurniakan satu kelebihan iaitu jiwanya penuh cinta terhadap kalam Allah.

Dalam sebuah video siaran Indonesia iaitu Hafidz pada 6 Mei lalu, beliau dapat menjawab semua soalan tanpa melihat  Al-Quran.

Beliau menyambung semula surah yang diberikan oleh juri dengan tepat sekali.

Juri hanya beri sepotong ayat, Najah meneka dengan betul surah tersebut, malah dia dapat mengingati ayat dan halaman ke berapa, membuatkan ramai berasa kagum.

Ibu kepada Naja sama sekali tidak menyangka akan ada kelebihan di sebalik kekurangan yang dimiliki anaknya untuk menghafal dalam jangka masa yang singkat.

Kata ibunya, beliau dilahirkan normal pada awalnya tetapi tidak lama kemudian, doktor mengesahkan bahawa Naja mengalami celebral palsy.

Disebabkan kelumpuhan otak, proses perkembangannya agak lambat berbanding dengan bayi yang seusianya.

Menerusi video yang dipaparkan, rata-rata penonton dan juga para juri  tersentuh melihat kesungguhan yang ada dalam diri Naja.

Semua para juri naik ke pentas untuk bersalaman dengan anak istimewa ini.

Hebatnya kau adik, semoga kekurangan yang kau ada sekarang bukanlah penghalang untuk berjaya.

Comments

comments