Hidung Berdarah & Bau Busuk, Ingatkan Resdung Tapi Bukan

Bukan tanda dan gejala penyakit resdung

Seperti yang kita tahu, ramai dalam kalangan kita yang menghidap penyakit resdung. Resdung yang juga dikenali sebagai sinus adalah keradangan pada membran mukus yang melapisi sinus yang mengakibatkan gejala seperti lendir hidung berlebihan, hidung tersumbat dan sakit muka.

Tanda dan gejala lain termasuklah demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Resdung boleh berpunca daripada jangkitan, alahan, pencemaran udara atau masalah struktur dalam hidung.

Individu yang berisiko menghidap penyakit resdung ini adalah termasuk mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat. Namun, tidak semua sakit dalam hidung berpunca daripada resdung.

Advertisement

Sakit dalam hidung sehingga berdarah dan mengeluarkan bau yang busuk perlulah dirujuk kepada doktor pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit yang berbahaya dan bukannya resdung.

Ramai yang menganggap bahawa sakit di dalam hidung adalah disebabkan oleh resdung dan membiarkannya saja tanpa dirawat

Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih dalam perkongsiannya di laman Facebook, dia pernah merawat seorang pesakitnya berumur 23 tahun yang mengatakan hidung kirinya selalu berdarah dan kadangkala hidungnya berbau busuk.

Tambah pesakitnya lagi, bermacam-macam ubat sudah dicuba tetapi masih tak elok serta masih berdarah dan berbau. Dia merasa pelik kerana ia hanya kadang-kadang berlaku namun tiada simptom resdung yang lain seperti bersin dan gatal hidung.

Dr Ezairy M. Sallih mengesyaki yang ia adalah kanser kerana leher pesakitnya itu juga tidak membengkak serta semuanya seperti biasa-biasa sahaja.

Beliau memerikasa hidung pesakitnya menggunakan nasal endoscope bersama skrin tv dan mendapati hidung kirinya sudah hampir tertutup dan ada kotoran hitam berbau di situ. Perlahan lahan beliau bersihkan hidungnya sehingga menjumpai sesuatu yang beliau tidak sangka.

Jika anda mempunyai tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin dijangkiti oleh satu penyakit yang lain.

Bukan tanda dan gejala penyakit resdung
Sumber Facebook Dr Ezairy M. Sallih

Penyakit yang mungkin dihidap oleh individu yang mengalami tanda dan gejala berikut adalah sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.

‘Rhinolith’ ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung yang akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu ‘rhinolith’.

Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, hidung mengeluarkan cecair dan ada sesetengah kes sehingga boleh mengakibatkan jangkitan.

Jadi kalau anda ada mempunyai tanda-tanda dan gejala seperti yang disebutkan, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara tersebut pada doktor pakar.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFacebook

Comments