Hidung Berhingus Dan Berbau, Doktor Temui Sesuatu Di Dalam Hidung Kanak-Kanak

Gambar hiasan

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak mereka. Anak kecil yang sedang membesar gemar bereksperimentasi dan kadangkala perbuatan mereka ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakit yang merupakan seorang kanak-kanak. Ibu bapa kanak-kanak itu  memaklumkan dia sering mengalami hidung berhingus dan selsema yang berpanjangan.

Ahmad Luqman yang segera membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak tersebut menjumpai sesuatu yang memeranjatkan.

Gambar hiasan
“Rupa-rupanya ada sepasang patung mainan yang tersangat kecil dah jadi penduduk tetap kat dalam tu. Patutlah selsema tak sembuh bahkan sampai lendir hingus pun berbau busuk.”

Menurut Ahmad Luqman sekiranya dibiarkan lama lagi, tidak mustahil kanak-kanak itu berisiko untuk terkena jangkitan yang lebih teruk.

Advertisement

Busuk berpunca daripada jangkitan kuman.

Lendir busuk yang keluar dari hidung itu berpunca daripada jangkitan kuman .Jika dibiarkan lebih lama, jangkitan mungkin akan merebak ke kawasan sekitar sinus dan kedua belah mata.

Perkara yang paling menakutkan sekiranya si kecil itu tersedut objek tadi lalu termasuk ke saluran paru-paru yang boleh menyebabkan risiko kematian mengejut yang sangat tinggi.

Ahmad Luqman turut mengingatkan beberapa perkara penting kepada kedua ibu bapa.

  1. Tolong cek kat seluruh pelusuk rumah kita tu. Kalau ada barang atau mainan yang terlampau kecil, simpan kat tempat tersorok dan jangan berikan kat si kecil kita.
  2. Perhatikan si kecil tu tiap kali dia bermain. Kadang tu bukan setakat disumbatnya objek kat dalam hidung atau telinga, kes telan objek masuk mulut pun selalu je kami jumpa.
  3. Kalau perasan anak kita tu asyik selsema je, lepas tu baunya pulak busuk dan pelik, bawak je untuk pemeriksaan.
  4. Jangan terkejut pulak ye kalau tiba-tiba nanti terjumpa benda yang tak terjangkau langsung kat dalam fikiran kita ni.
  5. Dalam kes foreign body tersumbat dekat lubang hidung macam ni, boleh jadi jugak anak kita tu akan mengadu sakit hidung tersumbat, susah nak bernafas dan pergerakan nafasnya berbunyi.
  6. Jika terjadi perkara seperti ni, dapatkan bantuan di fasiliti kesihatan segera.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments