Hilang Nyawa Sebab Prank Rompakan, Youtuber Mati Ditembak

Tak dinafikan, kalau kita tengok content-content yang popular di Youtube sekarang ni, kebanyakkannya terdiri daripada video-video prank. Terciptanya sebuah prank pada mulanya hanyalah untuk hiburan semata-mata, tapi kadang-kadang tu ada juga prank yang boleh dikatakan terlalu berlebih-lebihan.

Jumaat lepas di Nashville, seorang lelaki berusia 20 tahun telah dilaporkan mati ditembak semasa dia sedang merakamkan aksi prank untuk dimuat naik ke akaun YouTubenya.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Polis Metropolitan Nashville, mangsa, Timothy Wilks telah ditembak di kawasan parkir Taman Kembara dan Trampolin Udara pada jam 9.25 malam.

Individu yang bertanggungjawab menembak Wilks ialah seorang lelaki yang bernama David Starnes Jr iaitu salah seorang pengunjung di taman itu. Stanes dikatakan mengaku telah menembak Wilks kerana pada mulanya dia sangkakan dirinya dan orang ramai yang berada di kawasan itu tengah berada dalam keadaan bahaya.

Advertisement

Siasatan awal polis juga mendapati, semasa kejadian, Wilks dan seorang rakannya telah datang mendekati beberapa orang termasuklah Starnes, tanpa mengetahui jika Starnes ada membawa sepucuk pistol bersamanya pada ketika itu.

Menurut rakan Wilks, aksi itu kononnya adalah lakonan rompakan atau prank untuk dimuat naik ke akaun YouTube mereka. Sehingga hari ini, siasatan polis masih lagi dijalankan bagi menentukan samada tindakan Starnes itu boleh dianggap sebagai perbuatan untuk menyelamatkan diri atau sebaliknya.

Aduhh, tak pasal-pasal melayang nyawa demi sebuah content di Youtube. Tak semua benda boleh dibuat gurau. Jika kelakar bagi kita, tak semestinya ia juga akan kelakar untuk orang lain. Berpada-padalah dalam bergurau.

SUMBER

Comments

comments